Sunday, December 21, 2008

Jangan di Undang Bala Allah swt .


الحمد لله الذي أنزل على عبده الكتاب ولم يجعل له عوجا . أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له . و أشهد أن محمدا عبده و رسوله المبعوث رحمة للعالمين اللهم صل و سلم و بارك على أشرف الانبياء و المرسلين سيدنا محمد و على اله و صحبه أجمعين أما بعد : فيا عباد الله أوصيكم و إياي بتقوى الله و طاعته فقد فاز المتقون و تزودوا فإن خير الزاد التقوى



Muslimin rahimakumullah…



Wahai hamba2 Allah,saya berpesan kepada kamu dan diri saya sendiri supaya bertaqwa kepada Allah dengan mengikut segala perintah-Nya dan meninggalkan segala perintahnya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Sesungguh berjayalah orang2 yang bertaqwa. Carilah bekalan,sebaik2 bekalan itu ialah bertaqwa kepada Allah swt.



Muslimin sidang jumaat sekelian…



Dalam Al-Quran Allah telah berfirman:



وإذا أردنا أن نهلك قرية أمرنا مترفيها ففسقوا فيها فحق عليها القول فدمرنا ها تدميرا



Maksudnya: (Dan jika kami yakni Allah hendak membinasakan sesuatu negeri,maka kami perintahkan kepada golongan mewah di negeri itu supaya mentaati Allah,tetapi mereka melakukan kemaksiatan, maka pastinya kami turunkan bala dengan menghancurkan negeri itu sehancur2nya.)


Al – Isra’: 16



Sabda Rasulullah saw yang bermaksud : ( Apabila umatku melakukan 15 perkara,maka Allah akan timpa kan bala.Antaranya ialah apabila riba berleluasa, maksiat bermaharajalela, rasuah, kezaliman dan pembunuhan merata,amal maaruf nahi mungkar ditinggalkan,orang tua tidak dihormati orang muda, harta berlegar dikalangan yang kaya,anak menderhaka ibu bapa,artis pelakon dan pemuzik menjadi idola dan sanjungan.)



Muslimin Sidang Jumaat yang di Rahmati Allah…


Syukur kepada Allah , dari mimbar ini ingin saya menyeru kaum muslimin sekalian agar beramai2lah, bukan sahaja ketika himpunan jumaat ini bahkan kalau ada kelapangan datang2lah untuk rukuk dan sujud selima waktu solat fardhu secara berjemaah di rumah ini.



Mudah2an kesudian kita semua untuk melangkah kaki memakmurkan rumah Allah ini, Allah tidak akan lupakan kita disuatu hari yang tiada perlindungan melainkan perlindungan dan pertolongan Allah swt. Dan antara orang yang akan mendapat lindungan Allah di dalam kubur dan di Mahsyar tidak lain tidak bukan mereka yang hatinya terpaut,dan melangkah kaki2 mereka ke rumah2 Allah swt dengan hati yang ikhlas lillahi taala.





Muslimin Rahimakumullah …



Tajuk khutbah yang dipilih hari ini ialah: Jangan Diundang Bala Allah. Pelbagai tanggapan diberikan apabila sesuatu musibah,bencana dan malapetaka apabila ianya terjadi kepada manusia. Namun terlalu sedikit yang ingin mengambil iktibar dan pengajaran disebalik sesuatu yang ditimpakan Allah. Sehubungan dengan itu bagi setiap yang beriman pastinya yakin setiap ujian, bala dan bencana semuanya berlaku dengan kehendak Allah swt.



Maka tidaklah Allah swt menurunkan bala itu melainkan ada sebab musababnya. Sama ada kezaliman, kemaksiatan manusia,kelalaian terhadap peringatan2 Allah atau juga mungkin menjadi suatu ujian dan dugaan Allah untuk menguji keimanan hamba2nya.



Bala disisi Allah swt, tabiinya apabila ia turun ia tidak memilih sesiapa walaupun sebab musabab berpunca daripada golongan tertentu.Kita tidak nafikan juga factor ekologi, geografi, cuaca dan sebagainya,itu antara penyebab tetapi hakikat dan punca berlaku itu kerana bumi adalah hak Allah.Kerajaan langit dan bumi semuanya di dalam takluk Allah swt. Firman Allah swt:



تبارك الذي بيده الملك وهو علي كل شئ قدير



Maksudnya : ( Maha suci Allah,yang ditanganNya segala kerajaan. Dan Dia Maha berkuasa di atas segala sesuatu )



Al- Mulk : 1



Apabila keadaan itu berlaku,kita juga jangan lupa kepada salah satu 15 punca tadi. Rasulullah menyebut apabila umat ku melakukan 15 perkara itu pasti Allah turunkan bala. Maka sebagai seorang mukmin mari kita bertanya adakah wujud 15 perkara tersebut di dalam masyarakat kita ?



Muslimin Rahimakumullah .…



Bala adalah sebahagian daripada ujian,sebab itu ada ujian berbentuk bala. Ada ujian berbentuk nikmat. Orang yang menerima ujian berbentuk bala,maka ia bersabar dan bermuhasabah diri.Manakala orang yang menerima ujian berbentuk nikmat hendaklah bersyukur. Oleh itu apa sahaja yang kita hadapi dalam kehidupan sama ada nikmat atau musibah adalah ujian daripada Allah swt dan dunia adalah medan ujian buat manusia. Para rasul, nabi2, ulama, orang2 soleh ujiannya lebih hebat daripada orang2 biasa.



Saudara2ku sekalian…



Kalau 26/12/2004 peristiwa tsunami telah berlaku, mengorbankan ribuan nyawa. Terbaru,disaat umat islam bersedia meraikan aidiladha, Negara dikejutkan dengan trajedi tanah runtuh. 3 kejadian dalam masa seminggu dan terakhir pada 6/12/2008 yang berlaku di Bukit Antarabangsa, berlaku sekitar 4 pagi yang mengorbankan 4 nyawa dan ribuan terpaksa mengosongkn 48 nyawa yang terletak haya 1km dari tapak kejadian terbaru itu. Begitulah antara siri- siri ujian atau bala yang akan terus berlaku seandainya manusia masih lagi berpaling daripada peringatan - peringatan Allah swt.



Manusia tidak seharusnya menyalahkan takdir Allah semata2, sedangkan episode2 malang yang berlaku adalah kerana kerakusan, ketamakan dan kesombongan manusia dan kerosakan yang berlaku di atas muka bumi adalah di sebabkan tangan2 manusia itu sendiri. Peristiwa begini jarang dijadikan iktibar dan panduan,ianya digeruni sekejap sahaja dan bila masa berlalu maka ianya dilupakan saja. Manusia degil untuk berlajar daripada apa yang berlaku.



Sikap alpa ini akhirnya menghadirkan trajedi di luar dugaan. Barangkali golongan elit merasakan selamat bermukim di bukit tinggi. Mereka sendiri yang memilih untuk mendiami kawasan tersebut. Sebelum kejadian ini berlaku mereka merasa selamat dan diyakinkan oleh pemaju2 perumahan.Tetapi itu hanya jaminan manusia tapi bukan jaminan yang datingnya daripada Allah.



Lalu Allah datangkan sedikit ujian untuk golongan kaya.Selama ini kita melihat bencana terjadi di kawasan golongan lemah, jarang kita dengar kejadian berlaku di kawasan mereka yang berada.Jika dilihat secara kasar ada beza ujian Allah kepada golongan kaya dan susah.Orang di atas bila jatuh dia akan terasa lebih sakit kerana dia berada di kedudukan yang tinggi.



Sebaliknya orang yang di bawah kalau jatuh,tidaklah terasa sangat sakitnya.Kerana orang susah sudah selalu dalam penderitaan tetapi bagi orang kaya satu kesusahan baginya adalah suatu ujian yang cukup besar.Sebab itu apabila sesuatu musibah berlaku semua pihak perlu insaf dan bersikap adil dengan menyalahkan diri sendiri tanpa menunding telunjuk menyalahkan sepenuhnya kepada orang lain.



أفأمن أهل القرى أن يأتهم بأسنا بياتا وهم ناءمون . أوأمن أهل القري أن يأتيهم بأسنا ضحى و هم يلعبون



Firman Allah yang bermaksud: (Apakah penduduk sebuah negeri sentiasa merasa aman sedangkan bala Allah boleh berlaku pada malam hari,ketika mereka nyenyak tidur dan bala juga boleh berlaku di siang hari sewaktu mereka leka bermain.)


Surah al A’araf : 97 - 98



Muslimin yang dirahmati Allah swt ..…



Bala boleh berlaku secara tiba2 siang atau malam tanpa amaran. Allah juga mengingatkan mana2 orang2 yang mewah di muka bumi jangan terlalu yakin bahawa kehidupan mereka tidak di timpa bencana. Manakala isyarat daripada Allah swt bila mana Allah mengkehendaki suatu keruntuhan dan kehancuran Allah akan biarkan golongan mewah leka melakukan kemaksiatan.Kehancuran bukan merujukan kepada kes tsunami dan tanah runtuh sahaja tetapi merujuk kepada umum.



Dengan bala itu,sepatutnya membuka mata hati supaya segera bertaubat, mentaati dan berserah diri hanya kepada Allah dan jangan sesekali melawan. Tidak susah untuk menjadi seorang yang taat kepada Allah iaitu jadikan Al-quran dan sunnah rasulullah sebagai pedoman hingga akhir hayat. Itulah panduan yang lengkap lagi sempurna,celupan dan corak kehidupan yang sebenar yang mesti dituruti setiap manusia kerana Allah lah yang mencipta alam,maka Dia mengetahui apa yang baik dan mudharat kepada manusia.



Sekiranya kita menolak Al-quran dan As-sunnah sebagai ikutan,dan kita memilih jalan selain yang di tetapkan oleh Allah maka tunggulah Allah kata,akan datang kepada kamu azab dan siksaan yang tidak siapapun dapat menolong.Oleh itu,dalam kita menghadapi musibah,bencana dan malapetaka maka ada pengajaran penting yang perlu direnung dan diambil oleh orang2 yang beriman.



PERTAMA : Allah SWT itu Maha Berkuasa.



Logik akal semenanjung Malaysia yang bersebelahan sahaja dengan Acheh, tapak gegaran dalam kejadian tsunami pastinya akan tenggelam P.Pinang dan Kedah sebagai lokasi terdekat apabila di landa ombak tsunami. Tetapi Allah maha Berkuasa , di tempat lain yang jauh beribu2 batu pula yang beribu2 mati.



Mungkin sekarang ini Allah tunjukkan kejadian berlaku di Bukit Antarabangsa untuk menjadi pengajaran kepada yang lain supaya jangan menyalahkan takdir Allah sedangkan betapa perlunya kita menjaga alam anugerah Allah ini.



Bila bukit bukau sebagai pasak bumi dirosakkan, pokok2 ditebang,ditebas segala kawasan tadahan hujan telah mengakibatkan bukit hilang kekuatan dan berlaku keruntuhan. Mungkin berlaku rasuah atau unsur2 penipuan atau manusia tidak bersyukur.sebab itu pada tahun 2001 sudah dan telah diluluskan garis panduan dan kecerunan atas 25-35 darjah pembinaan kediaman tidak dibenarkan.



Undang2 telah diluluskan tetapi mengapa dari 2004 hingga 2007 terdapat 99 projek di lereng bukit yang telah diluluskan. Maka trajedi ini adalah dengan kuasa dan kemajuan Allah agar manusia tidak sombong, bongkak dan rakus di atas muka bumi.



MUSLIMIN Rahimakumullah……


Suatu fakta yang tidak dapat kita nafikan bahawa segala punca kemurkaan yang mendekatkan kita dengan bala Allah SWT telah berlaku dalam masyarakat hari ini.Riba suda berleluasa. Rasuah menjadi amalan biasa , anak-anak menderhaka dan mencampakkan i/bapa yang telah tua kerumah-rumah kebajikan.



Banyak kemungkaran dan maksiat yang tidak dihalang dan dicegah bahkan digalakkan dan disuburkan lagi.Kilang arak yang terbesar, pusat –pusat judi dan kasino dibukit-bukit tinggi,pusat-pusat hiburan bagaikan cendawan,konsert-konsert ditaja para artis dipuja, ulamak dihina,alpquran dilupa, sunnah dicela,syariat tidak dipelihara, agama tidak dijaga.



Dalam sebuah hadis Rasulullah menyatakan” Apabila ramai masyarakat terlibat dengan riba dan maksiat, maka bala yang paling besar berlaku adalah tanah runtuh, mudah mendapat angin ahmar, cuara yang sangat panas kering dan berdebu.



Dalam ayat yang saya baca pada permulaan khutbah tadi Allah berkata: Aku akan biarkan golongan mewah dengan melakukan maksiat. Golongan mewah mengikut tafsir PImpinan Ar-Rahman ialah ketua-ketua, orang-orang terkemuka iaitu pemimpin. Mereka dilabelkan golongan mewah kerana mereka memiliki keistimewaan yang tidak dimiliki oleh orang biasa. Mereka mempunyai kuasa , pengaruh dan wang ringgit.



MAka bila Allah menghendaki kehancuran pada sesebuah negeri, maka Allah akan membiarkan mereka menyuburkan maksiat dan kemungkaran dengan kuasa, pengaruh dan wang ringgit yang mereka miliki dan juga mereka berbuat zalim kepada rakyat bawahan secara berterusan dan bilamana masyarakat membiarkan maksiat dan kezaliman tanpa ada usaha merubah dan menghalang, atau sekurang-kurangnya benci dihati, maka tunggulah saat bala kehancuran yang dijanjikan allah SWT.



Pendek kata segala ingatan Allah dalam al-quran dan warning Rasulullah SAW dalam sabdanya semuanya telah berlaku dalam masyarakatkita hari ini. Maha benar firman Allah yang berbunyi:




Maksudnya: Dan peliharalah dirimu daripada siksaanyang tidak khusus menimpa orang-orang yang zalim sahaja dikalangan kamu. Dan ketahuilah azab Allah itu amat keras –

al-anfal :5



MUSLIMIN Rahimakumullah……………….



Apabila datangnya bala Allah, maka tiadalah usaha ikhtiar kita untuk mencari pertolongan kecuali berserah kepada rahmat Ilahi. Jet Li , hero kungfu pun lari lintang pukang bila ombak tsunami melanda hotel penginapan di MALDIVE ketika itu.



Pakcik Osman seorang nelayan pesisiran pantai di Balik Pulau melihat sendiri bagaimana air laut tiba-tiba kering dan botnya tersadai diatas sebuah batu besar. Kemudia beliau terbengar suara yang kuat, datang ombak menggulung setinggi pokok kelapa dengan kelajuan 8000 km sejam. Apa yang mampu dilakukan saat itu hanyalah berserah dan berdoa.



Dan dengan Rahmat Allah, sekelip mata selepas itu beliau mendapati dirinya brada di didaratan dalam masa 10 saat sahaja sedangkan ketika itu beliau berada kira-kira sebatu dari pantai. Itulah kuasa Allah SWT .Cuba bayangkan kalau diri kita disaat itu.



Begitulah juga saudara-saudara kita yang ditimpa musibah tanah runtuh dan sebagainya. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Maka disitulah letaknya nilai kesabaran dan yang terlibat dan yang bterselamat. Masing-masing perlu bertekad mencari keredhaan Allah SWT. Masa inilah pemimpin dan rakyat perlu menginsafi deri betapa lemahnya kita disiisi Allah. Marilah kita kembali kepada Allah kerana selama ini kita jauh dengan Allah.



Kita kembali kepada al-Quran dan Sunnah kerana selama ini kedua-dua pusaka itu kita sisih ketepi. Jadikan syariat Islam sebagai undang-undang Negara. Selama ini kita tidak yakin dengan keadilanNya. Maka percayalah dengann cara itu maksiat dan kemungkaran dapat dihalang, nbescaya kita akan mengundang redha Allah dan menjauhkan bala Allah SWT.



Apa salahnya, apa ruginya kalau mulai tahun ini kerajaan membatalkan terus, sampai bila-bila, segala agenda sambutan, menyambut kedatangan tahun baru dengan pesta-pesta dan konsert2 maksiat dan mungkar serta membazir sebagaimana apabila berlaku tanah runtuh di UIu Yam dan Bukit Antarabangsa, maka segera arahan kerajaan,agar tidak ada lagi projek perumahan didirikan diatas bukit, dan apakata kalau kita pakat-pakat gantikan dengan majlis majlis zikrullah, tazkirah, solat hajat di masjid dan surau, munajat memohon keamanan dan dijauhkan bala bencana dimalam sambutan tahun baru.



Inilah sebagaimana sabda Rasulullah SAW: (Ajaib sungguh hidup orang mukmin, apabila berada didalam kenikmatan dia syukur dan apabila ditimpa misibah dia bersabar)



MUSLIMIN Rahimakumullah……………..



Oleh itu, marilah kita sama2 mencari keredaan Allah dan bersegera bertaubat dan berusaha agar dijauhkan bencana dan malapetaka yang tidak diingini. Jauhilah diri kita termasuk kedalam golongan maksiat dan zalim. Jauhilah diri kita dari termasuk kedalam golongan maksiat dan zalim. Janganlah kita mengundang bala Allah.



Ambillah iktibar dalam setiap tragedi yang berlaku, disitu mengandungi 1000 hikmah yang terkadang tidak mampu disingkap oleh manusia. Lihatlah bagaimana balasan dan bala Allah terhadap golongan2 pada umat2 terdahulu, disitu kita akan temui sebahagian jawapan.



Firaun, Allah tenggelamkan dalam ombak tsunami. Qarun Allah benamkan dalam perut bumi. Namrud Allah seksa dengan tentera nyamuk. Kaum Tsamud Allah binasa dengan halilintar. Kaum Aad Allah timpakan dengan hujan batu. Kaum2 ini Allah binasakan mereka sama sekali tidak berbaka lantaran keingkaran dan maksiat mereka kepada Allah.



Tapi kita umat Muhammad, jika bala melanda tidak dihapuskan sekaligus seperti umat2 terdahulu, Cuma sebahagian sahaja sebagai peringatan dan ancaman supaya mereka kembali mengingati Allah dalam apajua keadaan. Diberi peluang agar mereka menginsafi kesilapan, bermuhasabah diri dan menilai hikmah dari Bala Allah yang hendak disampaikan kepada manusia.



Renungilah hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: Selamana ada 3 perkara ini , umat Aku tidak akan dihancurkan oleh Allah sebagaimana dia menghancurkan umat yang terdahulu.



1. Selama masih ada anak kecil menyusukan susu ibunya.

2. Selagi ada binatang yang memakan rumput.

3. Selagi ada hamba-hambaku yang bangun tahajjud beribadat di tengah malam.

2 Comments:

At 3:20 PM, Blogger Unknown said...

AMIIN.

 
At 12:41 AM, Blogger Unknown said...



السلام عليكم ورحمة الله تعالى وبركاته
Assalamualikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Tuan Sri/Puan Sri, Dato’ Sri/Datin Sri, Dato’/Datin, /Prof. Dr./Tuan/Puan,
Muslimin/Muslimat, Saudara/Saudari yang dirahmati Allah SWT sekalian

Rayuan Derma Untuk Menjelaskan Yuran Pengajian 2016 Oleh Mahasiswa Kemboja University Fatoni,Thailand.

Salam Maulidul Rasul 1438H/2016M Buat Umat Nabi Muhammad SAW & Salam Penderitaan Umat Islam Di Syria, Myanmar, Palestin, Iraq Dan lain-lain Tempat Umat Islam Ditindas.
Marilah kita sama-sama renungi dan fahami Pesanan Rasulullah SAW melalui Hadis Rasul SAW yang diriwayatkan oleh Nu’man bin Basyir berbunyi:

“Perumpamaan orang-orang mukmin dalam berkasih sayang bagaikan satu tubuh, apabila satu anggota badan merintih kesakitan maka sekujur badan akan merasakan panas dan demam”. (HR. Muslim).

Marilah kita membuktikan kecintaan kita kepada Rasulullah SAW melalui tindakan kita membantu umat Islam yang tertindas seperti di Syria, Myanmar, Palestin, Iraq dan lain-lain negara Islam yang diuji oleh Allah SWT. Kita mampu merayakan Maulidul Rasul dengan penuh kemeriahan sedangkan mereka menyambut Maulidul Rasul dengan penderitaan malah mereka bermandikan darah... Allah Humma Solli Ala Saiyidina Muhammad Wa Ala Alihi Wa Sohbihi Wasallam.

Bantulah juga kami untuk meringankan bebanan yuran pengajian mahasiswa dan mahasiswi Kemboja 2016 (88 Orang University Fatoni,Thailand) yang amat miskin. Mereka berusaha meneruskan pengajian walaupun terpaksa menjadi buruh binaan atau nelayan semasa cuti pengajian. Melalui Tabung Ihya Assunnah Solution Maybank 553131011505 * kami telah berusaha membantu mereka sedaya upaya . Sebarang cadangan kirimkan melalui gmail : ihyaassunnah68@gmail.com Tel No:0199576237.

Sila layari laman dibawah untuk mengenali mereka:
https://www.youtube.com/watch?v=uyNE0Y_pu_o
atau
https://peribadirasulullah.wordpress.com/2016/12/08/mahasiswa-mahasiswi-kemboja-di-university-fatonithailand-mohon-sumbangan-ikhlas/

Jutaan Terima Kasih Kepada Penderma Yang Budiman. Amanah yang diamanahkan kepada kami akan kami tunaikan dengan penuh rasa tanggungjawab dihadapan Allah SWT. In Sya Allah.

 

Post a Comment

<< Home