Thursday, May 15, 2008



MEMPERINGATI 60 TAHUN
NAKBAH DI PALESTIN




Maksudnya:


Maha suci Allah Yang telah menjalankan hambaNya dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya untuk Kami perlihatkan kepadanya ayat-ayat (tanda-tanda) kebesaran Kami, sesungguhnya Dialah Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat.

(Surah al-Isra’: 1)



Sidang Jumaat rahimahullah,


Semalam 15 Mei 2008 genaplah sudah 60 tahun, bumi yang menempatkan Qiblat pertama umat Islam dijajah oleh satu bangsa yang paling angkuh dan paling berkuasa di dunia ketika ini. Bumi Palestin yang telah di buka oleh Amirul Mu’minin Sayyidina Umar r.a. pada tahun 636M yang menjanjikan keamanan untuk semua, akhirnya telah dicemari dengan pelbagai kemusnahan dan kesengsaraan, kemusnahan kepada harta benda, tempat ibadah, akhlak, perasaan, malah nyawa insan yang sudah sekian lama menjadi penghuni tetap di bumi Allah yang diberkati itu.

Yang menjadi perhitungan kaum ini hanyalah ‘bagaimana mereka mampu menjadikan insan selain mereka sebagai haiwan tunggangan (Guweim) demi mencapai hasrat mereka.


Sidang Jumaat rahimahullah,


60 tahun Nakbah.. Itulah istilah yang sentiasa bermain dibibir setiap insan yang prihatin mengenai isu Palestin, tanpa mengira siapa mereka. Bagi golongan Zionis mereka merayakan sempena angka 60 tersebut dengan penuh kegembiraan dan keseronokan yang menggambarkan sudah 6 dekat kaum mereka dapat bertapak dan berkuasa di bumi yang dipercayai sebagai ‘bumi yang dijanjikan (أرْضُ الْمِيْعَاد)’ untuk kaum mereka,

Manakala golongan Islam yang prihatin mengenai isu Palestin pula menjadikan angka tersebut sebagai satu peringatan bahawa sudah 6 dekat bumi Islam itu dijajah dan diperkosa. Dari itu mereka menjadikan usaha-usaha lepas yang pernah dilakukan dalam membebaskan al-Aqsa sebagai pengalaman dan pengajaran untuk langkah seterusnya dalam perjuangan membebaskam `bumi perjuangan (أرْضُ الرِّبَاط) ini.


Istilah `Nakbah’ mungkin merupakan satu perkataan yang agak asing bagi sebahagian rakyat Malaysia melainkan buat mereka yang benar-benar prihatin mengenai isu umat Islam antarabangsa terutamanya di Palestin. `Nakbah’ bermaksud malapetaka atau bencana besar. Manakala `Nakbah Palestin’ merujuk kepada penubuhan Negara Haram Israel yang telah diistiharkan secara resminya pada 15hb Mei 1948.

Peristiwa ini berlaku selepas terlaksananya kependudukan dan penjajahan haram oleh rejim Yahudi Zionis ke atas tanah dan penduduk asal Negara Palestin secara sistematik dengan bantuan British dan PBB. Tarikh penting tersebut adalah detik hitam buat penduduk asal bumi Palestin, orang-orang Arab dan dunia Islam secara keseluruhannya.

Negara Palestin yang selama ini telah dinaungi kedamaian dan keadilan untuk ribuan tahun itu semakin merasai keperitan, kepedihan dan derita yang berpanjangan apabila mereka berada di bawah jajahan dan kongkongan Yahudi Zionis sejak enam dekad yang lalu.



Cadangan penubuhan negara khas untuk orang-orang Yahudi telah dibuat oleh seorang wartawan Hungari, Theodore Hertzl yang merupakan pengasas gerakan Zionis. Kewujudan Pertubuhan Yahudi Antarabangsa (WZO) melalui persidangannya yang pertama di Basle, Switzerland pada 27-29hb Ogos 1897 di bawah pimpinan wartawan tersebut telah membuka era aktiviti politik Zionis, mengorak langkah kepada pembentukan Negara Yahudi di Palestin.



Manakala British pula merupakan sekutu kuat gerakan Zionis sentiasa menyebelahi mereka, telah mengisytiharkan Deklarasi Balfour pada 2hb November 1917, dengan memberi jaminan untuk mewujudkan sebuah negara khusus untuk bangsa Yahudi di Palestin. Selepas itu berlakulah penghijrahan beramai-ramai secara sistematik yang melibatkan ratusan ribu Yahudi Eropah dan Rusia ke Palestin. Sedikit demi sedikit tanah milik penduduk Palestin dirampas sama ada dengan cara kekerasan mahupun dengan cara penipuan oleh pendatang Yahudi.



Rentetan duka Palestin semakin berpanjangan apabila sidang pleno PBB yang dipengaruhi Yahudi telah mengeluarkan ‘Ketetapan 181’ yang malang pada 29hb November 1947 dengan membahagikan 2/3 tanah Negara Palestin kepada pendatang Yahudi manakala bakinya yang hanya 1/3 keluasan tanah pula diberikan kepada penduduk asal Palestin yang sah. Ketetapan ini sangat bercanggah dengan prinsip PBB sendiri iaitu untuk melaksanakan ketetapan hak-hak bangsa dari segi kebebasan dan penentuan nasib mereka sendiri.



Ketika Yahudi Zionis erat bekerjasama dengan British dan PBB demi mencapai cita-cita mereka, Liga Negara Arab pula gagal membantu perjuangan rakyat Palestin bagi mempertahankan hak-hak asasi mereka dalam mempertahankan kedaulatan Negara Palestin yang telah mereka diami sejak 4500 tahun lamanya. Penglibatan tentera dari Liga Negara Arab yang digembar-gemburkan itu hanyalah merupakan tragedi apabila mereka telah ditewaskan dengan mudah oleh angkatan tentera pengganas Yahudi yang juga telah meresap ke dalam pimpinan tentera Liga Negara Arab.



Dengan kekalahan yang mengaibkan tentera Arab di dalam peperangan ini dan diikuti dengan penaklukan 78 % bumi Palestin, Yahudi Zionis telah mengumumkan Negara “Israel” pada petang 14hb Mei 1948. British mengundurkan tentera dan pemerintahannya ke atas Palestin apabila Negara Israel yang merdeka diistiharkan secara resminya pada 15hb Mei 1948.



Sidang Jumaat rahimahullah,


Umat Islam Palestin kini merintih dan menangis meminta pembelaan dari saudara seakidah sebagaimana mereka pernah merintih dan menangis apabila tentera Salib menakluki Baitul Maqdis pada 4 Julai 1099 sehingga menyebabkan 70.000 muslimin dibunuh dengan kejam tanpa belas kasihan.

Kalau dulu, keadaan seperti ini akhirnya dapat diselamatkan oleh Salahuddin al-Ayyubi pada 2 Oktober 1187, iaitu setelah selama 88 tahun bumi suci ini dijajah. Tetapi kini, dimanakah Salahuddin, sebagai pembebas Palestin? dan dimanakah Umar, sebagai pembuka Palestin?. Umat Islam hari ini memerlukan jiwa seperti mereka. Jiwa umat Islam perlu dibangunkan kembali, tanpa mengira sempadan geografi atau keturunan.

Jiwa umat Islam seluruh dunia wajib disedarkan sekarang ini, sebagaimana sedarnya jiwa-jiwa umat Islam Palestin untuk membebaskan Baitul Maqdis apabila Intifadhah bermula pada 8 Disember 1987. Jiwa umat Islam perlu dimerdekakan daripada perhambaan kepada hamba, kepada perhambaan hanya kepada Allah Yang Tunggal lagi Maha Perkasa.



Sidang Jumaat rahimahullah,


Sesungguhnya pengganas Yahudi tidak pernah mengenal mangsa, sama ada bayi, kanak-kanak, remaja, lelaki, wanita, yang sempurna anggotanya maupun yang cacat. Malah al-Quran dan juga sejarah telah mencatatkan, bagaimana mereka sanggup membunuh para Anbiya’ daripada kalangan Bani Israel sendiri. Inilah apa yang telah berlaku ke atas Nabi Zakaria dan Nabi Yahya. Mereka juga telah menganggap bahawa merekalah yang telah membunuh Sayyidina Isa a.s. Walau bagaimana pun perkara ini telah dinafikan sendiri oleh al-Quran melalui firman Allah s.w.t.


Maksudnya:


Dan juga (disebabkan) dakwaan mereka dengan mengatakan: Sesungguhnya kami telah membunuh al-Masih Isa Ibni Maryam, Rasulullah. Padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak menyalibnya , tetapi diserupakan bagi mereka (orang yang mereka bunuh itu seperti Nabi Isa)…

(Surah al-Nisa’: 157)



Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,


Peranan yang mungkin kita dapat laksanakan bagi menyatakan kebersamaan kita dengan umat Islam Palestin dan juga perjuangan membebaskan Masjidil Aqsa adalah berlegar sekitar tiga paksi penting, iaitu; pengetahuan, perasaan dan praktikal:



PAKSI PENGETAHUAN



1. Kita perlu mengetahui punca berlakunya isu di atas menurut sejarah (dulu dan sekarang), termasuk juga mengetahui latar belakang bumi Palestin dari sudut agama ataupun kebudayaan.



2. Perlu mengetahui hakikat pertembungan kita terhadap Yahudi, bukannya bertitik tolak daripada perasaan benci, dengki atau dendam, tetapi ia adalah bertitik tolak daripada tindak balas terhadap permusuhan yang mereka lakukan dan juga usaha untuk mengembalikan hak umat Islam yang dirampas.



3. Kita perlu mengetahui bahawa isu ini berkaitan dengan semua orang Islam dan juga arab serta perlunya menolak segala salah faham yang berkaitan dengannya.



4. Kita perlu memperbetulkan penggunaan istilah yang terpesong daripada maksud sebenar, yang cuba dimainkan oleh media musuh. Antaranya; istilah pengganas telah mereka gunakan bagi merujuk kepada umat Islam yang berjuang menentang penjajah di Palestin, begitu juga istilah operasi berani mati atau operasi bunuh diri telah diperkenalkan kepada dunia bagi menggantikan istilah sebenar dalam Islam iaitu operasi syahid.


5. Kita perlu mengetahui dan menyedari bahawa ketidak pedulian orang Islam dan arab daripada persoalan akhlak, nilai dan syariah di kalangan mereka adalah bahaya yang mengatasi kekuatan tentera yang ada pada Zionis.



6. Kita perlu memerangi fahaman yang negatif dan logika menyerah tanpa berusaha (mantiq tawaakuli), yang menyebabkan seseorang merasa berpuas hati, mundur ke belakang, hanya mengucap لا حول ولا قوة إلا بالله (tiada daya dan upaya melainkan milik Allah) dan berdoa, tanpa menunaikan kewajipan-kewajipan yang mereka mampu melaksanakannya.



7. Kita perlu menyatakan bahawa jihad mempunyai pelbagai cara, tanpa wujud sebarang pengurangan pahala atau kesannya dibandingkan dengan jihad bersenjata, seperti jihad dengan harta benda, jihad dengan ucapan, memboikot ekonomi musuh dan juga sokongan moral. Sesungguhnya setiap jiwa daripada kalangan umat ini baginya ada peranan dalam kontaks ini. Tidak ada seorang pun mempunyai alasan untuk berundur atau merasa lemah maupun bertangguh.



PAKSI MAKNAWI (JIWA)



1. Mengekang perasaan kecewa atau putus asa dengan merangsangkan harapan yang kuat dalam jiwa umat dengan meletakkan kebergantungan yang kuat kepada Allah s.w.t. serta percaya bahawa adanya di sana kayu ukur yang lain bagi mencapai kemenangan selain daripada kayu ukur biasa dalam bentuk zahir.



2. Menghidupkan perasaan dan sensitiviti terhadap apa yang sedang berlaku di sana, sama ada pencabulan tempat-tempat suci umat Islam, pembunuhan atau pencabulan ke atas kehormatan anak-anak gadis mereka.



3. Menghidupkan ruh jihad dalam jiwa ummah dan memerangi penyakit al-wahn yang diterjemahkan sebagai cintakan dunia serta takutkan mati. Di sinilah lahirnya kepentingan `tarbiyyah’ sama ada untuk individu maupun masyarakat.


4. Perlunya `nafas panjang’ tanpa gelojoh. Apa yang telah berlaku dan sedang berlaku merupakan hasil kesinambungan kerja yang dilakukan dalam tempoh yang panjang. Oleh itu `jalan pengislahan’ juga memerlukan tempoh.



PAKSI AMALI / PRAKTIKAL



1. Menyokong seruan pemboikotan ekonomi ke atas barangan musuh (zionis) dan juga pendokong mereka. Ini merupakan seruan yang telah dikeluarkan oleh Kesatuan Ulama’ Islam Sedunia yang dipengerusikan oleh Prof. Dr. Yusof al-Qardhawi sejak beberapa tahun lepas.



2. Menghulurkan derma dalam apa jua bentuk sekalipun untuk umat Islam Palestin melalui pintu-pintu resmi atau badan-badan NGO yang sedia ada dan diyakini.



3. Mengadakan pameran-pemeran mengenai apa yang berlaku di bumi Palestin, di masjid-masjid, surau-surau, dewan-dewan serbaguna atau sebagainya.



4. Tidak mengabaikan golongan bukan Islam dalam membicarakan dan melibatkan diri dalam isu ini, di atas asas persefahaman bersama dan menyerlahkan dimensi kemanusiaan. Persefahaman ini adalah bertitik tolak daripada kefahaman yang benar, adil dan berdasarkan kemanusiaan.



Sidang Jumaat rahimahullah,


Jika sekiranya bangsa Yahudi dimotivasikan oleh kitab Talmud mereka, umat Islam semestinya dimotivasikan dan dibangunkan jiwa mereka dengan kitab suci al-Quran. Itulah cara dan jalan terbaik bagi memastikan umat Islam terbela dan mendapat haknya serta tidak lagi diperkotak katikkan oleh musuh-musuh Islam. Sesungguhnya kemenangan Islam itu memang pasti akan berlaku, maka beruntunglah bagi mereka yang berusaha untuk mengembalikan semula kegemilangan Islam yang pernah dikecapi sebelum ini.



Allaahumma ya Aziz ya Muntaqim!, satukanlah hati-hati umat Islam dengan ikatan yang satu, demi mempertahankan tanah suci Baitul Maqdis. Berikanlah kepada kami kemenangan yang hakiki dan seterusnya memperoleh kejayaan abadi di Akhirat nanti. Lembutkanlah hati- hati kami untuk sentiasa menghulurkan pertolongan dan bantuan kepada saudara kami di Palestin dan jadikanlah kehidupan kami sebagai secebis perjuangan untuk membebaskan bumi yang tercinta Palestin.




Maksudnya:


Telah dilaknat orang-orang yang telah kafir dari Bani Israil melalui lidah Dawud dan Isa bin Maryam, demikian itu disebabkan perbuatan mereka yang ingkar dan sesungguhnya mereka itu orang-orang yang melampau.

(Surah al-Maidah: 78)



Wednesday, May 07, 2008


Khutbah Jumaat ( 9 Mei 2008 )

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ. أَشْهَدُ أَنْ لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ أَمَّا بَعْدُ.

فَيَا عِبَادَ اللهِ ! إِتَّقُوْا اللهَ، حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتَمُوْتُنَّ إِلاَّ وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Mimbar Jumaat hari ini menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama bersyukur dan meningkatkan ketaqwaan kepada Allah s.w.t. dengan melakukan segala suruhan-Nya dan menjauhi segala yang dilarang, mudah-mudahan kita menjadi insan yang beriman, bertaqwa serta selamat di dunia dan di akhirat.
Sidang Jumaat yang dimuliakan,

Mutakhir ini,keruntuhan akhlak dan keruntuhan moral di kalangan masyarakat negara kita hari ini makin menjadi-jadi. Kes - kes pembunuhan , penculikan, sumbang mahram,vandalisme, kecurian, rompakan dan banyak lagi kini menjadi perkara biasa menghiasi dada-dada akhbar utama hari ini.

Sebagai contoh , mutakhir ini , kisah seorang anak watan yang pernah diperkatakan 10 tahun dahulu kerana kebijaksanaan beliau dalam bidang matematik dan kini kembali mengemparkan negara. Namun yang paling menyedihkan, beliau bukan mengemparkan masyarakat kita dengan sesuatu yang menbanggakan sebaliknya beliau memberi suatu tamparan hebat kepada dunia Islam dan khasnya tanahair kita.

Gejala-gejala seperti ini kini makin dilihat sebagai satu ancaman kepada pembentukan generasi muda yang terlalu terdedah dengan pelbagai penyakit sosial yang membimbangkan. Kerena tipisnya iman, mereka sanggup menggadaikan maruah dan harga diri semata-mata untuk keseronokan dan mencari sumber pendapatan dari perbuatan keji seperti itu.

Sidang Jumaat sekalian,

Tidak sewajarnya kita hanya menuding jari kepada golongan remaja terbabit tanpa melihat beberapa faktor yang membawa kepada berlakunya perkara tersebut. Faktor terbesar yang tidak dapat dinafikan adalah nafsu syahwat yang bermaharajalela.

Ketundukan terhadap hawa nafsu ini berpunca daripada kelemahan akidah dan iman serta jahil terhadap ayat-ayat Allah, jahil terhadap hukuman Allah dan jahil terhadap tanggungjawab kita sebagai hamba kepada Allah.

Ketundukan terhadap hawa nafsu menyebabkan manusia terlupa siapakah yang menjadi mangsa samada anak atau cucu sendiri malah siapa sahaja. Sabda Rasulullah S.A.W :

حَدِيثُ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ : أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لاَ يَزْنِي الزَّانِي حِينَ يَزْنِي وَهُوَ مُؤْمِنٌ وَلاَ يَسْرِقُ السَّارِقُ حِينَ يَسْرِقُ وَهُوَ مُؤْمِنٌ وَلاَ يَشْرَبُ الْخَمْرَ حِينَ يَشْرَبُهَا وَهُوَ مُؤْمِنٌ

Ertinya :

Hadis Abu Hurairah R.A. berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda : Tidak berzina seorang penzina sedangkan ketika berzina itu dia masih beriman, tidak mencuri seorang pencuri sedangkan ketika mencuri itu dia masih beriman, tidak minum arak seorang peminum arak sedangkan ketika itu dia masih beriman.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekelian :

Institusi kekeluargaan yang rapuh juga turut menjadi penyumbang kepada masalah ini. Sikap ibubapa yang mengabaikan pendidikan anak - anak secara menyeluruh bukan sekadar memberi pendidikan berbentuk pengisian yang diberikan oleh guru-guru di sekolah semata-mata.

Pendidikan dan pentarbiyahan anak-anak perlu diberi sepanjang masa oleh ibubapa melalui pendidikan secara formal atau tidak formal , khasnya melibatkan aspek kerohanian dan keagamaan. Tanggungjawab mendidik anak-anak belum tertunai dengan sekadar menghantar anak-anak kita ke institusi-institusi pengajian semata-mata.

Kesedaran ibubapa terhadap pendidikan dan pembelajaran anak-anak mengenai ilmu agama mampu menjadi benteng yang ampuh , menangkis segala kepada serangan gejala negative seperti kerosakan akidah dan keruntuhan moral anak-anak. Kegagalan kita dalam membentuk akhlak dan sahsiah anak-anak ini akan dipersoalkan di hadapan Allah kelak.

Zuriat yang kita besarkan dengan penuh kasih saying , bagai menatang minyak yang penuh akan menjadi penghalang kita dari memasuki mana-mana pintu syurga Allah hanya kerana kecuaian kita mengabaikan tanggungjawab memberi didikan agama yang sempurna kepada mereka. Zuriat adalah merupakan harta dan perhiasan paling berharga bagi anak Adam berbanding emas perak mahupun harta pangkat.

Ini dibuktikan melalui firman Allah Taala di dalam Surah Al-Kahfi ayat 46 :

46. Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amalan-amalan yang kekal lagi saleh adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan.

Sidang jumaat yang dimuliakan sekalian,

Kegagalan institusi pendidikan juga menjadi punca kepada keruntuhan moral yang berlaku kepada generasi baru hari ini. Namun yang menjadi penyebab bukanlah guru yang mengajar , bahkan sistem pendidikan itu sendiri yang sebenarnya telah dicampur-adukan dengan pelbagai ideologi-ideologi dari Barat. Sukatan pembelajaran yang digubal dan ditapis oleh tangan-tangan yang tidak berpengetahuan tentang keperluan agama akhirnya mengheret anak - anak kita terjerat dengan fahaman dan pemikiran yang salah .

Firman Allah Taala di dalam Surah al-Hajj ayat ke 8:

8. Dan di antara manusia ada orang-orang yang membantah tentang Allah tanpa ilmu pengetahuan, tanpa petunjuk dan tanpa Kitab (wahyu) yang bercahaya [978],

[978] maksud yang bercahaya ialah: yang menjelaskan antara yang hak dan yang batil.

Sistem pendidikan yang mementingkan gred dan juga pointer (sistem meritokrasi) hanya melahirkan generasi yang berpengetahuan tetapi buta tentang pelaksanaan dan penghayatan ilmu tersebut. Mereka hanya mahir mengaplikasikan ilmu mereka di atas kertas dan terhad pula di dewan peperiksaan.

Beberapa ketika dahulu kita pernah dihebohkan tentang sekatan dana pendidikan terhadap sekolah-sekolah agama rakyat (SAR) , hanya semata-mata untuk kepentingan politik dan kepuasan pihak-pihak tertentu. Mereka menjadikan sekolah agama rakyat sebagai tempat untuk melampiaskan nafsu buas mereka demi mencapai agenda politik mereka.

Sekatan yang dikenakan itu adalah manifestasi dari rasa bimbang dan takut lahirnya generasi professional yang berpengetahuan agama , dengan tanggapan bahawa golongan ini menjadi penghalang cita – cita politik sempit mereka . Walhal mereka sebenarnya takut kepada bayang-bayang sendiri.

Namun hari ini telah pun terbukti, bahawa Allah swt. senantiasa menolong sesiapa jua dikalangan hambaNya yang menuntut ilmu dan memperjuangkan agama berasaskan ilmu pengetahuannya. Perkara ini telah lama dijanjikan oleh Allah Taala di dalam Al-Quran, Surah Al-Hajj ayat 40 :

40. Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa,

Yang Mulia Sidang Jumaat sekelian :

Saban tahun,kita dihebahkan dengan berita pencapaian cemerlang anak-anak remaja kita yang menuntut di sekolah-sekolah agama rakyat yang sangat terhad prasana pendidikan mereka , meskipun terdapat beberapa usaha untuk menyembunyikan faktanya. Persoalannya kenapa perkara ini berlaku ?

Hanya satu kenyataan yang jelas terpapar di mata kita , bahawa sekolah agama adalah antara institusi yang terselamat daripada angkara kejahilan pihak tertentu yang menyelewengkan sistem sukatan pembelajaran.

Mereka diperkuatkan dengan pelbagai ilmu pengetahuan asas mengenai tauhid,feqah, nahu , soraf dan sebagainya , malah mereka juga dibekalkan sukatan pelajaran akademi yang mampu mengimbang keperluan asas manusia untuk menghadapi segala mehnah dan tribulasi duniawi.

Sidang Jumaat yang dikasihi Allah sekalian,

Faktor pemerintah dan juga pelaksanaan undang-undang merupakan antara faktor utama yang sering dilihat sebagai jalan terakhir bagi menghapuskan sesuatu maksiat dan jenayah. Sebenarnya Allah meletakkan undang-undang dan hukumNya sebagai asas utama pembasmian jenayah. Undang-undang manusia tidak mampu menyekat sekaligus untuk menghalang gejala keruntuhan akhlak dikalangan masyarakat kerana kelemahan pemikiran manusia itu sendiri.

Natijahnya, undang – undang dan peraturan yang digubal saban ketika , sememangnya tidak akan mampu mengubati penyakit yang menyerang generasi hari ini. Manusia hanya mampu berusaha menghilangkan faktor-faktor penggalak tetapi hanya Alllah yang mampu menghalangnya. Allah hanya akan menghentikan segala maksiat dan jenayah jika tuntutan dan peraturan agama dituruti oleh manusia.

Di antara tuntutan yang mesti dilaksanakan adalah penguatkuasaan hukuman Allah. Hari ini kita mendengar cadangan bagi melaksanakan hukuman rotan atau sebat di khalayak ramai oleh berbagai pihak walaupun perkara tersebut pernah dianggap zalim dan tidak berperikemanusiaan. Ini menunjukkan bahawa manusia tidak akan mampu selamanya membohongi diri dalam kembali kepada fitrah.

Mungkin suatu hari kita akan melihat bukan sahaja orang Islam yang mahu kembali kepada hukum Allah malah orang bukan Islam akan menyokong dan mengharapkan perlaksanaan hukuman Allah. Pelaksanaan hukum Allah itu lebih terbukti mampu menghalang dan mengawal tingkah laku manusia daripada terseret ke lembah durjana.

Firman Allah dalam surah Al-Nur ayat 2 :
2. Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, Maka deralah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus dali dera, dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah, dan hari akhirat, dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan orang-orang yang beriman.

Sidang jumaat yang dirahmati Allah sekalian,

Alangkah ruginya jika kita hanya menunjukan rasa simpati dan sedih di atas apa yang berlaku terhadap nasib remaja kita generasi pelapis tanpa berusaha melibatkan diri dalam menangani gejala-gejala terbabit. Masalah-masalah ini bukan berlaku jauh di luar kawasan kita, malah gejala ini sebenarnya ada di mana-mana sahaja di sekeliling kita.

Marilah kita mengambil pengajaran daripada situasi ini bagi meletakkan hukum Allah sebagai penyelesai masalah. Kita hanya merancang sedang Allah menentukan.Firman Allah Taala . Surah Az Zumar ayat : 46:

46. Katakanlah: "Wahai Allah, Pencipta langit dan bumi, yang mengetahui barang ghaib dan yang nyata, Engkaulah yang memutuskan antara hamba-hamba-Mu tentang apa yang selalu mereka memperselisihkannya."

بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ بِالْقُرْآءنِ الْعَظِيْمِ , وَنفَعَنِىْ وَاِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ اْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ , وَتَقَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ اِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ , أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَ أَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ ِليْ وَلَكُمْ وَ لِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ فَيَا فَوْزَالْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَياَ نَجَاةَ التَّاءِبِيْنَ.

Friday, October 05, 2007

Khutbah Aidil Fitri 1428 Hijriyah .

فيا أيها الناس أصيكم و إياي بتقوى الله و لا تموتن إلا و أنتم مسلمون

Pada saat dan ketika yang penuh keberkatan ini, marilah kita memanjatkan kesyukuran yang ikhlas ke hadrat Allah SWT yang telah mengizinkan kita bertemu lagi dengan Idul Fitri, yang telah merestui kita berhimpun di dalam masjid pada hari ini.

Maka wajarlah kita bersyukur lantaran kita telah berjaya mengharungi ujian sebulan berpuasa di bulan Ramadhan, kita telah berjaya mengharunginya dengan penuh ketabahan serta kesabaran untuk menggamit kasih dan rahmat Allah SWT Yang Maha Agung.

قَدْ أفَلحَ من تزكى و ذكر اسم ربه فصلى

“... Sesungguhnya beruntunglah orang yang membersihkan diri (dengan beriman), dan dia ingat nama Tuhannya, lalu dia sembahyang.”

(al-A’la: 14-15)

الله أكبر الله أكبر الله أكبر و لله الحمد

Saudara Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah sekalian!!

الله أكبر كبيرا

Allah yang Maha Besar

لا إله إلا الله و الله أكبر

tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah adalah Maha Besar

و لله الحمد

dan segala pujian, sanjungan hanyalah untuk Allah semata-mata.

Itulah ucapan, itulah lafaz-lafaz yang mulia yang kita kumandangkan bagi menyerikan hari raya kita. Kalimah Tauhid yang kita ucapkan, kita luahkan, kita keluarkan dari hati yang tulus ikhlas. Lafaz-lafaz yang mulia ini akan terus kita gemakan hari ini, esok dan seterusnya, selagi nyawa kita dikandung badan. Kerana kita sedar kalimah Tauhid yang kita ucapkan boleh memberi daya kekuatan kepada diri kita, boleh menjadi bateri kepada kehidupan kita.

Ucapan kalimah Tauhid yang mengajar kita bahawa sesungguhnya yang maha besar itu hanyalah Allah SWT, yang lain kecil belaka. Yang kita sembah, Yang kita Agungkan, yang kita junjung tinggi buat selama-lamanya hanyalah Allah. Tidak ada ketaatan secara mutlak kecuali kepada Allah SWT, manakala ketaatan kepada makhluk hanya dalam bingkai kerangka mentaati Allah SWT jua.

Dengan kalimah Tauhid kita menyatakan kita sedia mengagungkan sesuatu yang diagungkan Allah SWT, dan kita bersedia merendahkan sesuatu yang direndahkan Allah SWT. Kita bersedia bermusuhan dengan sesiapa yang dimusuhi Allah SWT. Kita hanya bersedia mendukung dan mendaulatkan Agama Allah SWT, biarpun tidak disenangi oleh musuh-musuh Allah.

Kita yakin dengan sungguh-sungguh bahawa Takbir, Tasbih dan Tahmid yang kita gemakan ini dapat memantapkan dan dapat meneguhkan aqidah keimanan kita.

Kita yakin dengan sungguh-sungguh bahawa hanya dengan kesegaran iman dan keteguhan aqidah di dalam kalbu akan menentukan mutu kualiti jalan berfikir kita dalam menegakkan kehidupan berumah tangga, bermasyarakat dan bernegara.

Bersama gema takbir, mengagungkan Allah Al-Jabbarul Mutakabbir, kesyahduan Syawal 1428 menggamit naluri setiap insan yang mentauhidkan Allah Azza wa Jalla, agar menghayati kebesaran dan keagungan al-Khaliq yang pastinya jauh mengatasi kebesaran dan kekuasaan makhluk. Seterusnya menyedari dan menginsafi kekerdilan kita sebagai hamba Allah SWT, yang pastinya pula tidak mampu menentang kekuatan Ilahi.

Saban tahun umat Islam berhimpun di pagi Syawal, melafazkan kalimah kebesaran Ilahi dengan penuh khusyuk dan rasa rindu, diiringi pula dengan ingatan yang terus mekar terhadap peristiwa Ahzab yang dihancurkan oleh Allah SWT.

ألله أكبر ألله أكبر ألله أكبر

Saudara Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah sekalian!!

Hari ini sekali lagi kita sama-sama bertakbir, kita sama-sama memperingati peristiwa Ahzab, bala tentera bersekutu yang memerangi Islam pada zaman Rasulullah s.a.w.

Mereka terdiri dari kalangan Kaum Musyrikin Arab, dengan sokongan golongan pemimpin dan Ulama’ Yahudi ahli Kitab yang mengetahui ajaran Islam dan mengenali Rasulullah Alaihi Salam, tetapi menentang dan memusuhinya.

Mereka menghina Rasulullah s.a.w dan berusaha untuk membunuhnya serta membinasakan umat Islam dengan berbagai cara dan tipu helah. Mereka golongan yang dinamakan:

غير المغضوب عليهم ولا الضالين

“...... bukan jalan orang-orang yang Engkau murkai, dan bukan jalan orang-orang yang sesat.”

- orang-orang yang dimurkai Allah, yang tidak mendapat Hidayah (petunjuk) ke jalan yang benar walaupun mereka berilmu agama dan membaca kitab-kitabnya. Oleh itu kita diajar berdoa dalam tiap-tiap rakaat sembahyang, supaya tidak menjadi seperti mereka dan jangan terikut-ikut dengan cara mereka.

Mereka berjaya mengumpulkan puak-puak Arab Jahiliah, sehingga membentuk bala tentera yang besar yang dinamakan Ahzab (barisan bersekutu) untuk menyerang negara Islam, Al-Madinah Al-Munawwarah.

Tiada kesalahan yang dilakukan melainkan kerana pemimpin dan rakyatnya beriman dan beramal dengan hukum Allah yang terkandung di dalam Al-Quran. Firman Allah taala menceritakan perangai musuh-musuh Islam di sepanjang zaman:

و ما نقموا منهم إلا أن يؤمنوا بالله العزيز الحميد

“..... Dan mereka tidak marah dan menyeksa orang-orang yang beriman itu melainkan kerana orang-orang itu beriman kepada Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Terpuji!”

(al-Buruuj: 8)

Musuh-musuh islam itu menyangka bahawa menjadi orang-orang Islam dan beramal dengan ajaran Islam adalah satu jenayah dan kesalahan yang mesti dilawan dan dihapuskan. Walaupun mereka tahu bahawa Islam adalah benar dan adil.

Hari ini kita menyebut-nyebut :

وهزم الأحزاب وحدة

“... dan Allah membinasakan bala tentera ahzab dengan keesaan-Nya.”

Kita mengulangi dan menyebut-nyebut peristiwa itu setiap kali berhari raya untuk mengambil pengajaran daripada apa yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w dan para sahabat radiallhuanhum yang telah berjaya mengalahkan musuh yang besar itu dengan pertolongan Allah.

Kita menyebut-nyebut juga supaya memberi amaran kepada umat Islam, bahawa musuh bala tentera Ahzab juga ada pada zaman ini, dan mereka terus menentang Islam sehingga hari ini.

Hari ini kita berhadapan dengan kepungan Ahzab moden yang memiliki pelan orientasi serupa sebagaimana Ahzab jahiliah. Mereka mara untuk menghancurkan umat Islam, mereka meluru untuk menghalang dakwah Islam dengan semangat dendam membara mereka yang tidak pernah kunjung padam. Sebagaimana firman Allah SWT:


“Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik. Dan demi sesungguhnya engkau akan dapati orang-orang yang dekat sekali kasih mesranya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: "Bahawa kami ini ialah orang-orang Nasrani" yang demikian itu, disebabkan ada di antara mereka pendeta-pendeta dan ahli-ahli ibadat, dan kerana mereka pula tidak berlaku sombong.”

(Al-Maaidah Ayat: 82 )

الله أكبر الله أكبر الله أكبر و لله الحمد

Saudara Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah sekalian!!

Bala tentera Ahzab Moden yang mengepung Islam dan penganut-penganutnya dari segenap penjuru. Mereka terus berusaha untuk menghapuskan agama Islam dan membinasakan penganut-penganutnya. Walaupun Allah SWT. berjanji memelihara Islam, tetapi umat Islam juga diwajibkan berjihad menegakkan Islam dan mempertahankannya.

Bala tentera Ahzab Moden sekarang melakukan pelbagai cara dan tipu helah bagi menentang kita sebagai umat Islam. Bukan sahaja dengan bala tentera yang menyerang dan membunuh umat Islam di Palestin, Iraq, Afghanistan, Kashmir, Lubnan, Somalia dan lain-lain, tetapi juga dengan merosak fikiran dan akhlak umat Islam melalui Media, Akhbar, Majalah, TV, Internet dan lain-lain.

Pemimpin-pemimpin bala tentera Ahzab Moden diketuai oleh Amerika dan Eropah secara terang-terangan berucap dengan kata-kata menuduh agama Islam sebagai ganas dan zalim, padahal mereka yang sebenarnya ganas membunuh umat manusia dan merosak dunia di mana-mana sahaja.

Kita jangan mudah lupa peristiwa lukisan kartun yang menghina Rasulullah s.a.w., Kenyataan Pope Benedict (Ketua Agama Kristian Katolik) yang menghina Nabi s.a.w dan agama Islam serta usaha-usaha untuk menarik orang-orang Islam supaya menjadi murtad - meninggalkan agama Islam dengan pelbagai cara seperti menggunakan wang, perempuan, hiburan, bantuan-bantuan perubatan dan lain-lain kepada orang-orang yang miskin, bermasalah dan jahil. Itu semua adalah cara peperangan Ahzab yang baharu.

Yang lebih merbahaya ialah usaha memurtadkan orang-orang Islam supaya meninggalkan agama Islam, atau menentang mana-mana ajaran Islam.

Kita hendaklah memahami bahawa murtad itu bukan sahaja dengan cara memeluk agama lain daripada Islam seperti Kristian, Hindu, Buddha dan lain-lain.

Adalah menjadi murtad juga dengan sebab ingkar atau menghina mana-mana hukum Allah yang disebut di dalam Al-Quran, Hadis Nabi s.a.w. dan Ijmak para Ulama seperti Wajibnya Sembahyang, Puasa Ramadhan, Zakat dan Haji, Haramnya Berzina, Riba’, Arak dan Judi.

Termasuk juga perkara urusan dunia seperti pakaian yang wajib menutup aurat, beramal dengan undang-undang jenayah Islam, Hudud, Qisas dan lain-lain yang ditetapkan di dalam Al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w.

Musuh-musuh Islam menyerang kita bukan sahaja dengan menggunakan senjata yang membunuh, yang lebih merbahaya lagi ialah membunuh iman yang ada dalam hati kita atau melemahkan semangat Islam, supaya umat Islam berada dalam keadaan jahil agama dengan alasan untuk maju dengan ilmu dunia dan mencapai kemajuan.

الله أكبر الله أكبر الله أكبر و لله الحمد

Saudara Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah sekalian!!

Sekarang kita berada dalam keadaan yang sangat bahaya, kerana terlalu ramai anak-anak dan pemuda pemudi yang jahil ilmu agama, terutama ilmu fardu ain yang diwajibkan kepada tiap-tiap orang Islam.

Mereka tidak mengetahui hukum halal dan haram serta jahil tentang peraturan-peraturan agama. Mereka melakukan zina, menagih dadah dan arak, bergaul bebas lelaki dan perempuan dan bermacam-macam lagi.

Maknanya senjata tentera Ahzab sudah masuk ke dalam masyarakat dan keluarga umat Islam.

Begitu berani musuh-musuh Islam. Pemimpin Amerika yang menjadi kuasa besar dunia hari ini meminta kerajaan-kerajaan negara Umat Islam supaya mengubah pelajaran agama di Sekolah-sekolah Agama.

Mereka mengarahkan supaya membuang mata pelajaran yang mereka tuduh sebagai ganas dan ketinggalan zaman seperti hukum berjihad, hukum wajib menutup aurat, hukum haramnya pergaulan bebas lelaki dan perempuan, Hukum wajibnya mencegah jenayah dengan hukum Islam, mencegah segala kemungkaran dan lain-lain.

Apa maknanya kalau mereka sudah berani campur tangan dalam urusan agama kita?.

Ini menunjukkan bahawa serangan pemikiran tentera Ahzab moden sudah memasuki ke dalam negeri umat Islam.

Cara yang dilakukan oleh Azhab Moden itu ialah usaha-usaha mereka supaya orang-orang Islam meninggalkan agama mereka dan masuk ke dalam apa sahaja agama dan ajaran-ajaran sesat yang lain.

Kalau mereka tidak berjaya menukar agama mereka tetap berusaha supaya orang-orang Islam tidak beramal dengan agama dan mengerjakan maksiat seperti menagih dadah, arak, judi, berzina, riba’, mendedahkan aurat, hiburan yang melampau, sukan yang menggila dan lain-lain.

Kerana mereka tahu dengan maksiat yang dilakukan itu iman mereka menjadi lemah dan akhirnya hilang hanyut dicelah-celah maksiat tersebut.

Walaupun demikian agama Islam sedang berkembang di kalangan bijak pandai di negara bukan Islam apabila mereka mengkaji Islam kerana ingin tahu hakikat Islam. Inilah yang menyebabkan musuh-musuh itu sangat marahkan Islam dan penganutnya.

Dalam masa yang sama kita yakin bahawa Allah tetap memelihara agamanya maka binasalah mereka yang tidak bersama dengan Islam sepenuhnya.

Demikianlah tabiat Islam agama Allah SWT. Suatu agama dan cara hidup yang tak mungkin dapat ditewaskan oleh musuh walau apa cara yang digunakan oleh mereka .

Benarlah firman Allah SWT:

يريدون ليطفؤا نور الله بأفواههم و الله متم نوره ولو كره الكافرين

"Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahaya-Nya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian).”

(As-Saff: 8)

الله أكبر الله أكبر الله أكبر و لله الحمد

Saudara Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah sekalian!!

Syawal yang indah dan permai ini menjadi saksi penting peristiwa kemenangan tersebut dan berperanan memperbaharui semangat perjuangan yang berjiwa menang terhadap umat itu di saban tahun .

Mudah-mudahan umat Islam di sepanjang zaman, tidak leka dan alpa daripada tanggungjawab mereka mempertahankan agama dan syariat Ilahi, tidak takut dan akur kepada musuh–musuh Allah kendati pun mereka memiliki segala kekuatan material.

Sebaliknya menjadi umat yang berwibawa dan bermaruah , dihormati dan disegani oleh masyarakat antarabangsa mahupun tempatan.

Bukankah Allah SWT telah berfirman:


“....Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari agama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepada-Ku. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepada kamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu...”

(al-Maaidah: 3)

Semoga Idul Fitri tahun ini disambut dengan pengertiannya yang sebenar, sesuai dengan laungan takbir dan tahmid yang dikumandangkan, menjadi mercu tanda kehebatan Islam dan umatnya.

Kerana kita tidak mampu lagi hanya melihat dan hanya mengeluh, musibah demi musibah yang menimpa umat Islam di seluruh dunia.


Umat Islam di Chechnya menjadi daging lapahan golongan musyrikin Rusia

Umat Islam di Palestin menjadi lauk ratahan golongan Yahudi Israel.

Umat Islam di Afghanistan, Iraq menjadi hamba jajahan musyrikin Amerika.

Umat Islam di seluruh dunia menjadi bola tendangan golongan mustakbirin
kuasa–kuasa besar dunia pakatan Al-Ahzab moden.

Apakah kita masih tega membiarkan situasi ini berlarutan? Soalnya sampai bila, Muslimin Muslimat yang dikasihi Allah?

Mereka melemparkan pelbagai tohmahan dan fitnah, mereka melancarkan perang saraf dan provokasi untuk memecahbelahkan umat Islam. Tekad dan hasrat mereka hanya satu, menghancurkan Islam dan umatnya!!

Saudara!!

Apa yang lebih malang, ialah sikap sebahagian pemimpin dan umat Islam yang terpesona dengan rentak tari musuh, mereka menjadi mata dan telinga musuh untuk memukul Islam dari dalam, menikam Islam dari belakang.

Pelbagai perkataan dan kalimah yang dipinjam dari library orang–orang Barat
seperti Militan Islam, Pelampau Islam, Ekstremis Islam dan lain–lain lagi dihamburkan kepada mereka yang berjuang untuk mendaulatkan Syariat Allah SWT.

Lebih memburukkan keadaan apabila tindakan–tindakan drastik diambil dengan penuh rasa curiga terhadap Islam, didorong oleh kepercayaan melulu kepada tohmahan barat. Hampir seribu buah sekolah dan institusi pengajian Islam di Pakistan telah ditutup dengan tuduhan sekolah–sekolah tersebut menjadi sarang terrorist.

Universiti Al-Azhar turut menerima tekanan daripada Amerika dan sekutunya supaya tidak menjadikan Jihad sebagai syllabus pengajian di universiti tertua itu. Tekanan yang serupa diterima oleh University King Saud di Arab Saudi.

Tidak cukup dengan itu mereka mengubah pengertian Jihad yang sebenar kepada Jihad bentuk baru ciptaan mereka.

الله أكبر ألله أكير الله أكبر و لله الحمد

Saudara Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah sekalian!!

Alhamdulillahlah atas hikmah yang besar di atas pencerobohan Yahudi Laknatullah ke atas negara Lubnan, maka bangkit kembali anak-anak muda Islam bangun berslogankan Jihad mempertahankan agama Allah SWT menghambat keluar Yahudi dan sekutunya Amerika dari bumi Anbia.

Maka itu semangat Jihad telah kembali berada di dada-dada umat Islam seluruh dunia yang amat membimbangkan Ahzab moden lalu mereka cuba berlembut dengan umat Islam.

Marilah kita merealisasikan kalimah dan slogan kemenangan yang kita laungkan di pagi Idil Fitri ini untuk membina kembali semangat jihad di kalangan kita yang kian luntur. Menyemarakkan kembali semangat perpaduan di kalangan kita yang kian longgar. Memulihkan kembali keyakinan terhadap keupayaan Islam sebagai agama yang mampu berdaulat di atas muka bumi ini.

Kita tidak punya banyak masa untuk lengah dan leka. Jangan kita biarkan hidangan lazat dan kemeriahan berhari raya menenggelamkan sensitiviti kita terhadap ancaman dan tindakan musuh–musuh Allah SWT yang tidak pernah mengenal simpati terhadap mangsanya.

Marilah kita bangkit beriringan dengan laungan takbir raya (slogan kemenangan ummah sepanjang zaman) demi mengangkat kembali martabat ummah menjulang semula panji dan kedaulatan Islam .

Tanggapilah Idul Fitri ini dengan penuh kesyukuran dan keinsafan, jadikanlah kemeriahannya pula peluang untuk membina ukhuwah Islamiah yang utuh dan jambatan untuk menyampaikan dakwah secara fardiah.

Marilah kita beriltizam dengan Islam kerana iltizam dan Istiqamah inilah yang menjadi syarat berkembar untuk menjayakan projek membina hubungan utuh antara kita dengan Allah Azza Wa Jalla. Sementara itu, melalui jambatan hubungan yang utuh inilah, Allah SWT. akan menyalurkan pertolongannya kepada kita untuk menghadapi Ahzab moden ini.

Firman Allah SWT:

“Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah dengan iltizam dan istiqamah, nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu. Dan (sebaliknya) orang-orang yang kafir, maka kecelakaanlah bagi mereka, dan (Allah) mensia-siakan amal-amal mereka”



(Muhammad: 7 – 8)

Thursday, July 27, 2006

ISU AQIDAH : ADALAH ISU BERSAMA


Sidang Jumaat yang dirahmati Allah swt .


Ummat Islam hari ini , semakin luntur kelestarian aqidah mereka. Bukan sahaja Isu Lina Joy , Hartina Kamarudin dan Aishah Bukhari , bahkan hari ini dapat kita saksikan ratusan ribu ummat Islam murtad .


Memakai salib menjadi trend anak – anak muda melayu hari ini , khasnya di Lembah Kelang , amnya di seluruh Negara termasuk negeri kita .


Hampir di seluruh Bandar , terutamanya pada malam minggu , kita akan dapat menyaksikan bagaimana surutnya agama ke paras bahaya , dikalangan umat Islam dewasa kini .


( Jika di Lembah Kelang , saudara boleh menyaksikan fenomena ini di jln P. Ramlee , Jalan Pinang , City Square , Bukit Bintang dll )


Saudara Muslimin sekelian .


Usaha memurtadkan ummat Islam bukanlah perkara baru bahkan ia tidak pernah berakhir .


Bermula sejak zaman Saidina Abu Bakar rha , gejala riddah telah muncul dengan Musailamatul Kazzab mengaku menjadi nabi selepas Nabi kita Muhammad saw.


Demikian juga Aswad Al Ansi , Thulaihah bin Khuwailid dan lain – lain lagi turut mencetus fenomena riddah di zaman itu .


Usaha memurtadkan ummat Islam nyata tidak pernah menunjuk tanda ianya akan berakhir di dalam sejarah panjang ummat ini .


Kita lihat di era penjajahan kuasa barat seperti British , Perancis, Sepanyol , Belanda , Italy , German dan Portugal , mereka bukan sahaja menjajah tanah air ummat Islam bahkan turut memesongkan aqidah Ummah .


Sebagai contoh bagaimana British dengan slogan angkuh mereka untuk mewujudkan Pax-Britanica melaungkan : “ The sun is never set in the British ” telah menjajah Tanah Melayu , Benua kecil India , Iran , Iraq , Palestine , Mesir , Sudan , Nigeria dan lainnya .


Mereka telah menubuhkan sekolah – sekolah missionary Kristian di seluruh tanah jajahan mereka .


Alhamdulillah , sungguhpun begitu , ada ulama’ dan pemuda – pemuda Islam yang bangkit menentang hasrat mereka untuk menjajah tanah , akhlak dan aqidah ummat Islam .


Nigeria mengemukakan tokoh terkemuka mereka Othman den Fodio untuk memimpin kebangkitan ummah , Palestine menampilkan Shaikh Mohd Amin Al Husaini , di Mesir lahir Tokoh Mujaddid , Imam Hassan Al Banna


Italy pula ditentang hebat oleh Shaikh Umar Mokhtar di Libya yang akhirnya syahid di tali gantung , Sementara sejuta syuhada gugur di Algeria , di bawah pimpinan Sheikh Abdul Qadir Al Jazair , menentang penjajahan Perancis .


Maghribi turut menyaksikan kehebatan Syeikh Abdul Karim Khattabi memimpin ummat islam menentang Perancis .


Imam Diponegoro di dalam Perang jawa pada tahun 1825 , telah memimpin ummat Islam Indonesia menentang penjajahan Kristian Belanda .


Sementara di tanah Melayu Negara kita , ummat berbangga dengan keberanian Tuan guru Hj. Abdul Rahman Limbung dan Tuan Guru Hj. Hassan bin Munas memimpin ummat Islam menentang penjajahan Inggeris .



Saudara Sidang Jumaat Sekelian .


Malang menimpa ummah dewasa ini , apabila gerakan menghancurkan aqidah ummah berlangsung , dalam keadaan tiada lagi pahlawan Islam terbilang , bangkit memimpin ummah menentang gerakan tersebut.


Sedang Nabi saw. pernah menegaskan :


أُمِرْتُ أَنْ أُقَاتِلَ النَّاسَ حَتَّى يَقُوْلُوْا لاَ إِلَهَ إِلاَّ الله فَإِذَا
قَالُوْا لاَ إِ لَهَ إِلاّ الله عَصَمُوْا مِنِّي دِمَاءَهُمْ وَ أَمْوَالَهُم
إِلاّ بِحَقِّهَا وَ حِسَابُهُمْ عَلَى الله



Aku diperintah untuk memerangi manusia sehingga mereka berkata “tidak ada tuhan melainkan Allah” , apabila diucapkan “tidak ada Tuhan melainkan Allah” maka darah dan harta mereka terpelihara , kecuali dengan haknya dan Allah yang memberi ganjarannya.


Saudara Muslimin sekelian .


Negara kita hari ini sedang menghadapi saat yang sangat getir dan aqidah ummah dalam keadaan terancam apabila gerakan memurtadkan ummat Islam telah mula menunjuk wajah secara terbuka dengan menggunakan saluran undang – undang Negara, Hak asasi manusia dan Hak kebebasan beragama .


Kumpulan IFC dan kumpulan Artikel 11 kini mula bergerak aktif dengan mengadakan seminar dan forum rakyat bagi mencambahkan kekeliruan ummah berhubung dengan hak kebebasan beragama .


Malah lebih jauh , apabila mereka jua turut memperjuangkan agar semua kes , termasuk kes agama seperti murtad dan sebagainya , tidak lagi dibicarakan di Mahkamah Syariah tetapi di mahkamah Sivil .


Kumpulan IFC , dalam objektif penubuhan mereka jelas menunjukkan perjuangan mereka kea rah memurtadkan ummat Islam di Negara ini .


Demikian juga dengan tuntutan mereka yang dibuat melalui IFC ini :


1. Seseorang anak yg dilahirkan oleh Ibubapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam


2. Orang – orang bukan Islam yang telah memeluk agama Islam , hendaklah memberi kebebasan untuk kembali kepada agama asal mereka ( murtad ) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang – undang .


3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam , kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh Mahkamah Syariah tetapi dikendalikan oleh Mahkamah Sivil .


4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam .


5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam ( murtad ) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa – apa tindakan undang – undang .


6. Seseorang atau pasangan suami Isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak .


7. Orang – orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam , hendaklah diberikan hak menuntut harta pesakanya selepas kematiannya .


8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk mebina dan menyelenggara rumah – rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang sama untuk masjid . kerajaan juga perlu membenarkan pembinaan rumah – rumah ibadat orang bukan Islam tanpa perlu adanya peraturan tertentu .


9. Orang – orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan – perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.


10. Bibel dalam bahasa Malaysia dan bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka .


11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar disemua sekolah .


12. Program – program berunsur Islam dalam bahasa Ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan . Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing – masing .


13. Orang – orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang – orang bukan Islam .


14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah .


Sidang Jumaat sekelian .


Bahaya Kumpulan IFC dan Artikel 11 ini ialah :


Membuka ruang seluas – luasnya untuk orang bukan Islam mencampuri hal ehwal agama Islam.


Menjadikan undang – undang Allah mesti tunduk kepada norma – norma antarabangsa seperti hak asasi manusia dan hak kebebasan beragama yang difahami secara salah , dicipta oleh manusia yang menjejaskan aqidah .


Membuka jalan bagi ummat Islam murtad tanpa sebarang implikasi undang – undang .


IFC berhak menentukan status agama seseorang .


Saudara Muslimin sekelian :

Allah swt. telah mengingatkan kita :



ومن يبتغ غير الإسلام دينا فلن يقبل منه
وهو في الآخرة من الخاسرين



Barangsiapa yang mencari cara hidup yang lain , selain Islam maka ia ditolak ( tidak diterima ) dan ia terdiri dikalangan orang – orang yang rugi ( masuk neraka ) di akhirat kelak .


Justeru itu , menjadi tanggungjawab dan kewajipan kita memelihara dan mempertahankan kesucian agama , daripada dipermainkan dan dipersenda oleh musuh Islam yang sekian lama menyimpan dendam terhadap islam .


Firman Allah swt :



لتجدن أشد الناس عداوة للذين آمنوا اليهود و الذين أشركوا



Nescaya kamu akan dapati , golongan yang paling hebat menentang dan memusuhi orang – orang yang beriman ialah Yahudi dan orang – orang yang menyengutukan Allah swt.


Sidang Jumaat yang dirahmati Allah swt.


Kita tidak mempunyai banyak masa lagi , Kepada golongan yang asyik berwacana membidaahkan golongan lain, mencari kesalahan silam, mengungkit-ungkit perkara furu' yang sebenarnya ada cara penyelesaian jika kita bijak memahami aspirasi sebenar Nabi SAW, silalah sedar bahawa keadaan ini adalah antara nokhtah yang menjustifikasikan kepada keberhasilan serangan terhadap aqidah Islam ini.


Kelekaan kita menghentam perkara yang boleh diketepikan disaat umat tenat ( seperti kes menghentam Iran dalam usaha Iran berdepan dengan Amerika Syarikat hanya disebabkan mereka Syiah,


kes menghentam Ibnu Ishaq serta banyak lagi perkara yang sebenarnya bukan polemik, tetapi dipopular semula oleh golongan ini ) adalah suatu yang amat menjelekkan.


Kepada golongan yang pasif terhadap isu umat Islam akibat leka dengan tersingkirnya Amirul daripada AF4,


leka dengan saman yang dikenakan kepada Dato' K lebih daripada kes Lina Joy,


leka dengan Gaun Cinderella Siti, maka kita adalah agen pemula dan pembina sejarah keterhakisan Melayu sebagai penganut Islam setia sejak era mubaligh Islam Malikul Salleh.


Fenomena murtad yang melanda negara hari ini adalah Isu Aqidah dan ia adalah isu semua ummah tanpa mengira perbedaan latar belakang politik , ekonomi dan bangsa .


Marilah sidang jumaat sekelian , kita bangkit penuh keinsafan demi memelihara aqidah suci ini .

Tuesday, June 20, 2006

Tegakkan Sunnah, Hapuskan Bid'ah


Kaum Muslimin siding jumaat yang dihormati sekelian !

Ketahuilah hadirin sekalian bahwa agama Islam pada asalnya sama seperti agama samawiyah lainnya yang diturunkan Allah, dengannya Allah mengutus para Rasul; yaitu agama yang dibangun di atas dasar ittiba’ (mengikuti) dan kepatuhan pada apa yang disampaikan Allah dan RasulNya.

Sebab sebuah ajaran tidak dapat disebut Ad-Dien kecuali bila di dalamnya ada kepatuhan pada Allah Subhannahu wa Ta'ala dan ittiba’ pada apa yang diserukan oleh RasulNya.

Dan sebaik-baik petunjuk yang harus ditempuh oleh orang –orang yang mengharapkan kejayaan, sebaik-baik jalan yang mesti dilalui oleh orang-orang shaleh adalah: petunjuk dan jalan yang digariskan oleh Rasulullah Shallallaahu alaihi wa Salam kepada umatnya.

Tidak ada lagi pertunjuk yang lebih baik dari pada petunjuk baginda. Tidak ada lagi jalan hidup yang lebih lurus selain dari pada jalan hidup yang baginda saw tempuh.

“Dan (hukum) siapakah yang lebih baik dari pada (hukum) Allah, bagi orang-orang yang yakin.”
(Al-Maidah: 50)

Namun ternyata iblis -la’natullah ‘alaihi- tidak pernah berhenti menyesatkan anak cucu Adam. Dengan berbagai cara tipu muslihat ia mencuba memalingkan mereka dari cahaya ilmu lalu membiarkan mereka tersesat dan kebingungan dalam gelapnya kebodohan.

Dari situlah iblis kemudian memasukkan hal-hal yang secara lahiriah adalah perbuatan baik/amal shaleh ke dalam agama namun sebenarnya ia tidak pernah dituntutkan oleh Allah dan RasulNya.

Muncullah berbagai keyakinan dan amalan yang tidak pernah diajarkan Rasulullah Shallallaahu alaihi wa Salam Lahirlah i’tiqad dan perbuatan yang tak pernah dikenal oleh generasi terbaik ummat ini; generasi As-Salafus shalih ridlwanullah ‘alaihim, Rasulullah Shallallaahu alaihi wa Salam bersabda:

إِنَّهُ مَنْ يَعِشْ مِنْكُمْ فَسَيَرَى اخْتِلاَفًا كَثِيْرًا، فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِيْ وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الرَّاشِدِيْنَ الْمَهْدِيِّيْنَ، عَضُّوْا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذِ، وَإِيَّاكُمْ وَمُحْدَثَاتِ اْلأُمُوْرِ، فَإِنَّ كُلَّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ.

“Sesungguhnya barangsiapa yang hidup di antara kalian maka ia akan melihat perselisihan yang banyak, (maka saat itu) ikutilah sunnahku dan sunnah para khulafa’ Ar-rasyiddin yang mendapatkan hidayah, gigitlah (sunnah)dengan gigi-gigi geraham (berpegang teguh), dan jauhilah perkara-perkara yang dibuat-buat (dalam agama), karena setiap bid’ah itu sesat.”

(HR. Abu Dawud dan At-Tarmidzi ia katakan hadits hasan shahih)

Yang dimaksud dengan bid’ah adalah segala perkara yang dibuat-buat dalam agama yang sama sekali tidak memiliki dasar dalam syari’ah . Dan barangsiapa yang melakukan hal ini, maka ia akan masuk dalam ancaman Rasulullah Shallallaahu alaihi wa Salam :

مَنْ أَحْدَثَ فِي أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ مِنْهُ فَهُوَ رَدٌّ.

“Barangsiapa yang membuat-buat hal baru dalam urusan (agama) kami, apa-apa yang tidak ada keterangan darinya maka ia itu tertolak.”

(HR. Al-Bukhari dan Muslim)

Dan riwayat Muslim yang lain, beliau bersabda:

مَنْ عَمِلَ عَمَلاً لَيْسَ عَلَيْهِ أَمْرُنَا فَهُوَ رَدٌّ.

“Barangsiapa yang mengerjakan suatu amalan yang tidak dilandasi/sesuai dengan keterangan kami, maka ia itu tertolak.”

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah swt .

Hadits yang baru saja kita semak ini merupakan dasar terpenting dalam ajaran Islam. Hadits ini merupakan standard yang harus digunakan untuk mengukur dan menilai sebuah amalan yang dilakukan .

Sehingga berdasarkan hadits ini pula perbuatan apa pun yang diada-adakan dalam Islam bila tidak diizinkan oleh Allah dan RasulNya, maka tidaklah boleh dikerjakan; bagaimanapun baik dan bergunanya menurut akal kita.

Imam Nawawi menjelaskan bahwa hadits yang mulia ini adalah salah satu hadits penting yang harus dihafal dan digunakan untuk membantah dan membatalkan segala bentuk kemungkaran dalam Islam.

Kaum Muslimin yang dirahmati Allah!

Sesungguhnya perilaku bid’ah dan segala perilaku yang mengarah pada penambahan terhadap ajaran Islam adalah tindakan jahat yang sangat nyata. Bila kejahatan bid’ah ini dilakukan maka “kejahatan-kejahatan” lain yang akan muncul, di antaranya:

Perilaku bid’ah menunjukkan bahwa pelakunya telah berprasanga buruk (suudhan) terhadap Allah Subhannahu wa Ta'ala dan RasulNya yang telah menetapkan risalah Islam, karena pelaku bid’ah telah menganggap bahwa agama ini belumlah sempurna sehingga perlu diberikan ajaran-ajaran tambahan agar lebih sempurna.

Itulah sebabnya Imam Malik bin Anas rahimahullah pernah berkata:

“Barangsiapa yang membuat-buat sebuah bid’ah dalam Islam yang ia anggap baik, maka sungguh ia telah menuduh Muhammad Shallallaahu alaihi wa Salam telah mengkhianati risalah yang diturunkan Allah padaNya, karena Allah berfirman:

“Pada hari ini telah Kusempurnakan buat kalian dien kalian, dan telah kucukupkan atas kalian nikmatKu, dan telah Aku relakan Islam sebagai agama kalian.”


(QS. Al-Maidah:3)

Disamping itu, berdasarkan point pertama maka kesan negatif lain dari perilaku bid’ah adalah bahwa hal ini akan mengotori dan menodai keindahan syari’ah Islam yang suci dan telah disempurnakan oleh Allah Subhannahu wa Ta'ala .
Perbuatan ini akan memberikan kesan bahwa Islam tidaklah menjadi pedoman hidup karena ternyata belum sempurna.

Perbuatan bid’ah juga akan mengakibatkan terhapusnya dan hilangnya syi’ar-syi’ar As Sunnah dalam kehidupan umat Islam. Hal ini disebabkan tidak ada satupun bid’ah yang muncul dan tersebar melainkan sebuah sunnah akan mati bersamanya, sebab pada dasarnya bid’ah itu tidak akan muncul kecuali bila As-Sunnah telah ditinggalkan.

Sahabat Nabi yang mulia, Ibnu Abbas Rahimahullaah pernah menyentuh hal ini dengan mengatakan:

مَا أَتَى عَلَى النَّاسِ عَامٌ إِلاَّ أَحْدَثُوْا فِيْهِ بِدْعَةً وَأَمَاتُوْا فِيْهِ سُنَّةً حَتَّى تَحْيَا الْبِدْعَةُ وَتَمُوْتَ السُّنَّةُ.

“Tidaklah datang suatu tahun kepada ummat manusia kecuali mereka membuat-buat sebuah bid’ah di dalamnya dan mematikan As-Sunnah, hingga hiduplah bid’ah dan matilah As-Sunnah.”

Tersebarnya bid’ah juga akan menghalangi kaum Muslimin untuk memahami ajaran-ajaran agama mereka yang shahih dan murni.

Hal ini tidaklah mengherankan, karena ketika mereka melakukan bid’ah tersebut maka saat itu mereka tidak memandangnya sebagai sesuatu yang salah, mereka justeru meyakininya sebagai sesuatu yang benar dan termasuk dalam ajaran Islam. Hingga tepatlah kiranya apa yang dinyatakan oleh Imam Sufyan Ats Tsaury:

اَلْبِدْعَةُ أَحَبُّ إِلَى إِبْلِيْسَ مِنَ الْمَعْصِيَةِ. اَلْمَعْصِيَةُ يُتَابُ مِنْهَا وَالْبِدْعَةُ لاَ يُتَابُ مِنْهَا.

“Bid’ah itu lebih disenangi oleh syaitan dari pada perbuatan maksiat, karena perbuatan maksiat itu (pelakunya) dapat bertaubat (karena bagaimanapun ia meyakini bahwa perbuatannya adalah dosa) sedangkan bid’ah (pelakunya) sukar untuk bertaubat (karena ia melakukannya dengan keyakinan hal itu termasuk ajaran agama, bukan dosa).

Hadirin yang dimuliakan oleh Allah!

Dengan demikian jelaslah sudah bahwa perbuatan bid’ah adalah tindakan jahat yang sangat nyata terhadap syari’at Islam yang suci dan telah disempurnakan oleh Allah.

Dan tidak ada jalan lain untuk membasmi hal tersebut kecuali dengan mendalami dan melaksanakan sunnah Nabi Muhammad Shallallaahu alaihi wa Salam ,

Tidak ada penyelesaian lain kecuali dengan mengembalikan semua perkara kepada hukum Allah dan RasulNya.

“Dan bahwa (yang kami perintahkan) ini adalah jalanKu yang lurus, maka ikutilah ia, dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain), karena jalan-jalan itu mencerai beraikan kamu dari jalanNya. Yang demikian itu diperintahkan Allah kepadamu agar kamu bertaqwa.”

(Al-An’am: 153)

Bid’ah adalah gelombang taufan yang dapat menenggelam-kan siapapun, dan As-Sunnah yang shahihah adalah “bahtera Nuh”; siapapun yang mengenderainya akan selamat dan siapa yang meninggalkannya akan tenggelam. Kaum Muslimin, siding jumaat yang dirahmati Allah .

Setiap jalan selain jalan Allah disitu terdapat syaitan yang akan selalu mengajak dan menanamkan rasa cinta kepada perilaku bid’ah lalu perlahan-lahan menjauhkan kita dari As-Sunnah.

Ini adalah salah satu langkah syaitan , dimana secara bertahap ia membisikkan syubhat-syubhat itu ke dalam amal kita , baik dengan mengurangi atau menambah i’itiqad maupun amalan yang tak pernah dituntut oleh Rasulullah Shallallaahu alaihi wa Salam.

Sangat banyak kaum Muslimin yang jatuh dan menjadi korban; syaitan telah memperoleh kemenangan ini dalam banyak kesempatan; samaada ketika seorang muslim meyakini i’tiqad tertentu yang bercanggah dengan Al-Qur’an dan As-Sunnah atau ketika seorang muslim mengerjakan amalan ibadah tertentu yang tidak pernah digariskan dalam risalah Al-Islam.

Namun Ahlus Sunnah wal Jama’ah satu-satunya golongan yang selamat dan satu-satunya kelompok yang akan dimenangkan Allah , telah menetapkan bahawa hanya Kitabullah dan Sunnah RasulNya saw, menjadi pedoman hidup dan panduan beribadah .

Nasihat Allah dan Rasulnya telah tersimpan abadi dalam jiwa-jiwa mereka. Allah Yang Maha Bijaksana telah menanamkan dalam hati mereka keyakinan akan kesempurnaan Ad-Dien ini, bahwa kebahagiaan dan ketenangan yang hakiki hanyalah dicapai bila berpegang teguh kepada Wahyu Allah dan Sunnah RasulNya, sebab apapun selain keduanya adalah kesesatan dan kebinasaan!

Hadirin yang berbahagia dan dirahmati Allah!

Akhirnya, saya kembali mengulangi wasiat untuk selalu bertaqwa kepada Allah Subhannahu wa Ta'ala. Waspadailah segala perilaku bid’ah, yang kecil maupun yang besar dalam agama ini karena ia akan menanggung dosanya dan dosa orang-orang yang mengerjakannya hingga hari Kiamat.

Rasulullah Shallallaahu alaihi wa Salam bersabda:

مَنْ سَنَّ سُنَّةً سَيِّئَةً كَانَ عَلَيْهِ وِزْرُهَا وَوِزْرُ مَنْ عَمِلَ بِهَا إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ لاَ يُنْقَصُ مِنْ أَوْزَارِهِمْ شَيْئًا.

“Barangsiapa yang mempelopori perbuatan buruk maka ia akan menanggung dosanya dan dosa orang-orang yang mengerjakannya hingga hari qiamah tanpa dikurangi dari dosa-dosa mereka sedikitpun.”

(HR. Muslim)

Hendaklah setiap Muslim yang merasa takut kepada Tuhannya, selalu memerhatikan perbuatan dan amalnya, akan kemanakah kakinya melangkah? Karena boleh jadi ia meletakkan kakinya dijalan yang salah tanpa disedari.

Marilah kita menanamkan tekad sebesar-besarnya untuk mengkaji, mendalami, melaksana dan menyampaikan As-Sunnah disetiap lapangan kehidupan kita, agar tidak ada lagi bid’ah-bid’ah yang menodai kehidupan kita, sehingga menghalangi kaum Muslimin untuk meraih kejayaannya di dunia dan akhirat. Insya’ Allah.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي الْقُرْآنِ الْعَظِيْمِ، وَنَفَعَنِيْ وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ اْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ. أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ.


Oleh: Muhammad Ihsan Zainuddin dan
di sesuaikan oleh Ustaz Nasrudin bin Hassan Tantawi .

Saturday, June 10, 2006

Khutbah Jumaat ( 005 )

FAKTOR KEJAYAAN YANG ABADI


بسم الله الرحمن الرحيم ، الحمد الله رب العالمين ، والعاقبة للمتقين
ولا عدوان الا على الظالمين ،

أشهد أن لا اله الا الله وحده لا شريك له ،له الملك وله الحمد
وهو على كل شىْ قدير.

وأشهد أن محمدا رسول الله، الرحمة المهداة،
والنعمة المسداة، والسراخ المنير ،

اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد، وعلى آله وأصحابه
والتابعين إلى يوم الدين،

أما بعد :


Sidang jumaat yang dirahmati oleh Allah sekelian;


Saya berpesan kepada diri saya sendiri dan juga sidang jumaat sekelian; marilah sama-sama kita bertaqwa kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa sepertimana yang diperintahkan oleh Allah Ta'ala dalam firmanNya;


ياايهاالذين أمنوا اتقوا الله حق تقاته ولاتموتن الا وأنتم مسلمون


“Wahai sekelian orang-orang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dengan takwa yang sebenar-benarnya. Dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan kamu sebagai seorang muslim”.


Seorang sahabat Nabi s.a.w. iaitu Ibnu Mas'ud pernah berkata pada suatu hari kepada anak saudaranya; “Wahai anak saudaraku! Tidakkah kamu lihat alangkah ramainya manusia”. Jawab anak saudaranya; “Ya”. Lalu berkata Ibnu Mas'ud: لا خير فيهم الا تائب أو تقى (Tidak ada kebaikan bagi mereka melainkan bagi orang yang bertaubat/kembali kepada Allah dan orang-orang yang bertakwa (takut kepada Allah).


Kemudian ia bertanya lagi; “Wahai anak saudaraku! Tidakkah kamu lihat betapa ramainya manusia”. Jawab anak saudaranya; “Ya”. Lalu Ibnu Mas'ud berkata lagi; لا خير فيهم الا عالم أو متعلم (Tidak ada kebaikan bagi mereka melainkan bagi orang berilmu dan belajar).


Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r,a. pernah bertanya kepada seorang sahabat yang lain bernama Ubai bin Ka'ab r.a. berkenaan dengan taqwa. Kata Umar; “Wahai Ubai! Apa itu takwa?”. Ubai bertanya kembali kepada Umar; “Wahai Umar, adakah engkau pernah melalui satu jalan yang berduri?”. Jawab Umar; “Ya”. Tanya Ubai lagi: “Apakah yang kamu lakukan semasa melalui jalan tersebut?”. Jawab Umar; تشمرت وحذرت (Saya melangkah dengan berjaga-jaga dan berhati-hati). Lalu Ubai menjelaskan kepada Umar; فذاك التقوى (Demikian itulah taqwa).


Apa yang hendak dijelaskan sahabat bernama Ubai r.a. itu ialah; Orang bertakwa dalam ia menghadapi kehidupan dunia ini, ia amat berhati-hati agar jangan terjerumus di dalam perkara yang dimurkai Allah. Ia amat memelihara dirinya dari termakan dengan godaan musuh-musuh yang terdiri dari;


(1) Hawa Nafsu.

(2) Syaitan.

(3) Golongan Kuffar dan Munafiqin.

(4) Golongan Penzalim dan Pembid'ah dan golongan yang melakukan kemungkaran.


Saidina Umar r.a. pernah berpesan;


حاسبوا أنفسكم قبل أن تحاسبوا و زنواها قبل أن توزنوا


“Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisab oleh Allah dan timbangilah ia sebelum kamu ditimbang oleh Allah”.


Muslimin sidang jumaat yang dirahmati Allah sekelian;


Setiap dari kita menginginkan kejayaan dalam hidup. Kita amat bimbang jika kita ditakdirkan gagal oleh Allah. Namun harus kita sedari bahawa kejayaan mempunyai faktor-faktor yang menjurus kearahnya. Apakah factor kejayaan yang paling utama dalam kehidupan kita sebagai manusia?


Sebagai seorang hamba Allah, kita harus meyakini bahawa factor asas kejayaan ialah berpegang teguh dengan agama Allah iaitu Islam. Apabila seseorang itu menganut Islam dan berpegang-teguh dengannya, maka ia memiliki asas paling utama untuk berjaya. Kejayaan yang kita impikan bukanlah kejayaan setakat di dunia ini sahaja, tetapi juga kejayaan di alam akhirat yang kekal abadi. Lantaran pentingnya Islam inilah maka Allah mengutuskan para Rasul di mana mereka tidak datang melainkan dengan membawa agama yang satu iaitu Islam.


Islam adalah satu-satunya agama yang diredhai Allah untuk menjadi pegangan dan tatacara kehidupan manusia. Agama yang lain dari Islam jika dianuti manusia, nescaya ia tidak akan mencapai keredhaan Allah dan kehidupannya di dunia dan di akhirat akan berada di dalam kancah kerugian dan kemusnahan. Firman Allah;


إِنَّ الدِّينَ عِنْدَ اللَّهِ الْإِسْلَامُ


“Sesungguhnya ad-Deen (yakni agama yang benar dan diredhai) di sisi Allah ialah Islam“.

(Al-Imran: 19)


وَمَنْ يَبْتَغِ غَيْرَ الْإِسْلَامِ دِينًا فَلَنْ يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الْآخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ


“Sesiapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan
diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi”.

(Ali Imran: 85)


Dalam satu hadis Rasulullah s.a.w. meletakkan factor kejayaan manusia kepada tiga perkara, iaitulah;


Islam


Rezki yang mencukupi (yang boleh difahami sebagai kemajuan material/kebendaan)


Sifat qana’ah (redha dengan pemberian Allah kepadanya)


Hadis yang kita maksudkan itu berbunyi;


قد أفلح من أسلم و رزق كفافا و قنعه الله بما آتاه


“Sesungguhnya berjayalah orang yang Islam dan dikurniakan rezki yang cukup serta diberikan sifat qana’ah oleh Allah dengan apa yang dikurniakan kepadanya”.

(Hadis riwayat Imam Muslim dari Abdullah bin Umar r.a.)


Dalam hadis di atas Rasulullah s.a.w. tidak menafikan peranan material atau harta-benda (yang diungkapkan dengan kalimah rezki) sebagai salah satu factor kejayaan dan kebahagiaan manusia. Namun baginda meletakkan Islam adalah syarat kejayaan paling atas atau paling utama. Kemajuan material atau kebendaan jika tidak bertunjangkan Islam, nescaya kemajuan tersebut akan mendatangkan lebih banyak mudarat kepada manusia dari mendatangkan manfaat.


Sidang jumaat yang dirahmati Allah sekelian,


Mungkin di kalangan kita ada yang akan berkata; bagaimana dikatakan Islam merupakan syarat kejayaan paling utama, sedangkan negara-negara maju hari ini (sepwerti Amerika, Jepun, Britain dan sebagainya) tidak pun menganut agama Islam dan mereka telah mencapai kejayaan?.


Memang benar negara-negara yang dikatakan maju itu telah berjaya dari sudut ekonomi dan material, namun adakah mereka benar-benar mengecapi kejayaan hidup yang sebenarnya? Kejayaan dalam erti-kata yang sebenarnya bukanlah hanya kejayaan dari satu sudut (iaitu ekonomi atau material), tetapi kejayaan dari pelbagai sudut kehidupan manusia merangkumi rohani, kejiwaan (saikologi), akhlak/etika, hubungan social, kekeluargaan dan sebagainya.


Tidak guna harta kita banyak dan ekonomi kita kukuh tetapi masyarakat kita porak-peranda lantaran dari berlakunya keruntuhan rohani dan akhlak, musnahnya institusi keluarga dan berleluasanya gejala jenayah dalam negara. Namun inilah yang telah terjadi dalam masyarakat dunia hari ini terutamanya di negara-negara maju.


Menurut seorang ulama’ dan ahli fakir Islam terkenal, Dr. Yusof al-Qardawi dalam satu bukunya “Islam dan Tamadun hari esok”; “Tamadun moden hari ini telah melahirkan beberapa akibat negative –hasil sikapnya yang meminggirkan agama- di mana kecelakaan dan kepahitan darinya tidak putus-putus dirasai oleh manusia zaman ini. Kesan-kesan negative tersebut ialah berlakunya;


Keruntuhan akhlak

Krisis rumah-tangga (keluarga)

Keresahan jiwa (saikologi)

Kecelaruan akal fikiran

Jenayah yang berleluasa.


Kesan-kesan buruk di atas tidak perlu kita buktikan lagi kerana ia juga sedang berlaku dalam masyarakat kita hari ini. Jika kita renung dan kita tilik sedalam-dalamnya, semua kesan negative itu berpunca dari sikap manusia hari ini yang meminggirkan agama dan memandang mudah kewajipan-kewajipan dalam agama. Mereka merasakan cukuplah dengan duit yang banyak dan ekonomi yang kukuh untuk mencapai kebahagiaan. Namun jangkaan mereka itu meleset sama sekali. Kebahagiaan yang sebenar adalah mustahil untuk dicapai tanpa agama/Islam.


Inilah yang diperingatkan Allah kepada kita;


“Dan barangsiapa berpaling dari peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit, dan Kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta”.

(Thaha:124).


“Peringatan Allah” yang dimaksudkan dalam ayat ini ialah perintah Allah iaitu apa yang terkandung di dalam ajaran Islam itu sendiri kerana Islam adalah satu-satunya agama dari Allah yang diutuskan para Rasul membawanya.


Menurut Imam Ibnu Kathir dalam tafsirnya “Tafsir al-Quran al-‘Aziem” ketika mentafsirkan ayat di atas; “Ma’isyatan Dhanka (Penghidupan yang sempit)” itu ialah merasai kesempitan di dunia di mana orang yang berpaling dari peringatan Allah itu ia tidak akan mencapai ketenangan jiwa dan tidak akan merasai kelapangan dada.

Bahkan dadanya akan sentiasa merasa sempit dan resah walaupun zahir hidupnya mewah; walaupun ia dapat memakai pakaian yang disukainya, memakan makanan yang disukainya dan tinggal di rumah-rumah yang disukainya. Akan tetapi oleh kerana di dalam hatinya tidak ada keyakinan kepada Allah dan tidak ada hidayah/petunjuk maka ia akan terus berada di dalam jiwa yang resah, fikiran yang bercelaru dan sentiasa terumbang-ambing. Inilah yang dimaksudkan kehidupan yang sempit oleh ayat tadi”.


إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالْإِحْسَانِ وَإِيتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالْإِحْسَانِ وَإِيتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ
أقول قولي هذا و أستغفر الله لي و لكم و لسائر المسلمين و المسلمات ، فاستغفرواه هو الغفور الرحيم ، و ادعواه يستجب لكم


Khutbah kedua



الحمد لله رب العالمين و العاقبة للمتقين و لا عدوان إلا على الظالمين ،
أشهد أن لا إله إلا الله و أشهد أن محمدا عبده و رسوله ،
اللهم صل و سلم على محمد و على آله و صحبه أجمعين ،
أما بعد :


يا أيها الذين آمنوا اتقوا الله حق تقاته و لا تموتن إلا و أنتم مسلمون


Sidang jumaat sekelian;


Marilah kita kembali kepada Islam dalam erti-kata yang sebenarnya.Ramai di kalangan kita hari ini mengakui dirinya seorang muslim. Mereka menyatakan bahawa agama mereka adalah Islam. Namun adakah mereka benar-benar mengerti apa sebenarnya Islam? Dan apa makna sebenarnya mereka sebagai seorang muslim?


Islam bukanlah semata-mata suatu penamaan atau suatu slogan. Tetapi ia adalah pemahaman, penghayatan dan amalan. Seorang muslim yang sejati bukanlah orang yang hanya pandai mengaku dirinya menganut Islam atau menamakan dirinya dengan nama Islam, tetapi juga ia hendaklah memahami apa itu Islam, menghayati segala ajaran dan tutuntannya serta beramal dengannya.


Seorang muslim yang sebenar ialah orang yang menumpukan seluruh kehidupannya kepada Islam. Hati, aqal dan perasaannya ditumpukan kepada Islam iaitu untuk mempelajari Islam, memahami Islam, menghayati Islam dan seterusnya mengamalkan ajaran Islam bersungguh-sungguh. Ini kerana ia yakin bahawa Islamlah satu-satunya peraturan hidup dari Allah yang dapat mengekalkan fitrah (kejadian) manusia dan menjadi syarat kejayaan hidup manusia di dunia mahupun di akhirat.


فَأَقِمْ وَجْهَكَ لِلدِّيْنِ حَنِيْفًا ، فِطْرَتَ اللهِ الَّتِيْ فَطَرَ النَّاسَ عَلَيْهَاْ لَاْ تَبْدِيْلَ لِخَلْقِ اللهِ ذَلِكَ الدِّيْنُ الْقَيِّمُ وَ لَكِنْ أَكْثَرَ النَّاْسِ لَاْ يَعْلَمُوْنَ


“Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama (Allah); (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui”.

(ar-Rum: 30)



Marilah kita berdoa kepada Allah memohon dariNya agar kita senantiasa dikurniakan hidayah dan petunjuk, diberikan kesedaran untuk beramal dengan Islam dan dikurniakan kekuatan yang berpanjangan untuk memperjuangkan hokum-hakamNya di atas muka-bumi ini.

Wednesday, May 24, 2006

KEHANCURAN SEBUAH TAMADDUN


Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekelian .


Saya berpesan kepada diri saya dan semua sidang jumaat sekelian , agar bertaqwa kepada Allah . Melaksana perintah Allah dan meninggalkan laranganNya. Menghayati syariat Allah swt dan menghidupkan sunnah Rasulullah saw dalam kehidupan seharian .


Marilah Kita memastikan diri kita agar benar – benar menjadi seorang muslim mukmin yang muttaqin . Menjadi seorang hamba yang menyerah diri kepada Allah , yakin dan takut kepada Allah swt .


Ingatlah ! bahawa kita adalah khalifah Allah swt . yang diamanahkan untuk memakmurkan muka bumi ini dengan syariat Allah dan mengisi tamaddunnya dengan pengabdian diri kepada Allah swt .


Sidang Jumaat sekelian .


Tamaddun atau peradaban adalah suatu pencapaian dalam kehidupan manusia yang beranjak maju ke hadapan menyaingi zaman . Tamaddun , pada sifat umumnya adalah menjanjikan kesenangan , keselesaan , kemodernan , kemudahan , kekayaan dan kecanggihan dan kenikmatan buat manusia .


Demikianlah episode tamaddun yang pernah dilalui oleh ummat manusia sejak dari zaman kuno atau zaman batu hinggalah ke zaman millennium yang serba canggih dan ranggi .


Muslimin sidang Jumaat yang dihormati sekelian .


Tiada siapa dikalangan ummat manusia yang menolak tamaddun , malah Islam sendiri tidak anti tamaddun sebaliknya Islam menerima dan memelihara tamaddun yang menjadi tabii’e dalam kehidupan manusia di muka dunia ini .


Namun menjadi satu tragedy malang , apabila sesebuah tamaddun itu , mengenepikan unsur spiritual yang berasaskan wahyu ilahi , lalu menjadikan material asas utama pembinaan tamaddun tersebut .


Malang seribu kali malang , bagi sebuah Tamaddun yang tidak lagi meletakkan tauhid sebagai asas orientasinya , syiar islamiyyah sebagai asas pembangunannya , akhlak solehah sebagai asas komunikasinya , amanah dan jujur sebagai asas intergritinya , adil dan saksama sebagai asas pentadbirannya dan istighfar sebagai asas hisbahnya .


Sidang Jumaat sekelian ,


Tamaddun yang lompang syariat dan sunnah tersebut , kini telah bertukar menjadi ancaman besar kepada ummat manusia .


Apabila manusia dan tamaddunnya telah dipengaruhi oleh material tanpa spiritual atau kebendaan tanpa kerohanian , akhirnya melahirkan manusia yang rakus serta tamak memburu kebendaan dan kekayaan dunia , tanpa memperdulikan halal haram juga dosa pahala .


Manusia dan tamaddun seperti ini tidak lagi menjanjikan kebahagian dan ketenangan sebaliknya kehancuran dan kemusnahan .


Inilah reality yang pernah diperingatkan oleh Allah Qadhi Rabbul Jalil :


ظَهَرَ اْلفَسَادُ فِي اْلبَرِّ وَ اْلبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِى النَّاسِ
لِيُذِيْقَهُمْ بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوْا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُوْنَ .


Telah zahirlah kerosakan di darat dan di laut angkara perbuatan tangan manusia, lantas Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka , agar mereka kembali ke jalan yang benar .


Ar Ruum : 41


Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekelian .


Kini dunia sedang menyaksikan aliran tamaddun kebendaan yang begitu deras, lantas menghanyutkan manusia yang leka dan lalai . Tamaddun kebendaan ini semakin melonjak dan menggalak , lalu memerangkap manusia dalam sebuah kehidupan yang tidak lagi mengenal Allah sebagai tuhan dan tidak lagi mengharapkan Akhirat sebagai hari pembalasan .


Tamaddun hari ini bukan lagi tamaddun yang direstui oleh Allah swt . Justeru tamaddun hari ini adalah :
  • Tamaddun yang mengiktiraf arak dan judi sebagai hasil pembendaharaan Negara dengan memberi lesen operasinya .
  • Tamaddun yang mengiktiraf pesta hiburan dan pergaulan bebas sebagai ketenangan dan kedamaian kononnya dengan memberi permit aktivitinya.
  • Tamaddun yang mengiktiraf kelab – kelab malam yang menjadi pusat operasi pelacuran dengan memberi lesen kepada premisnya.


Sidang jumaat sekelian .


Tamaddun seperti ini bukan Tamaddun Islam . Sebaliknya ini adalah Tamaddun yang penuh dengan tipu daya , tamaddun yang dimurkai oleh Allah swt . Tamaddun yang hanya membawa manusia kepada nikmat dunia yang sedikit dan sementara , kelak apabila mereka mati meninggalkan dunia ini untuk berpindah ke alam barzakh , maka bermula siri baru kesengsaraan dan penderitaan hidup mereka yang penuh azab dan siksa .


Andainya kita tertipu jua dengan tamaddun seperti ini , maka samalah kita dengan kelkatu yang keluar di malam hari selepas hujan untuk mencari cahaya lampu . Kelkatu terpesona dan terpedaya dengan keindahan cahaya neon, setelah sekian lama mereka hidup dalam busut yang diselubungi kegelapan .


Tanpa tujuan mereka berterbangan dibawah cahaya lampu , semata – mata menikmati keindahan dan kemeriahan cahaya lampu yang sementara , akhirnya mereka terkorban apabila tertipu dengan biasan cahaya yang datang dari takungan air di bawah lampu tersebut .


Begitulah tamaddun kelkatu atau kelkatu hadhari yang menjunam menuju kebinasaan .


Demikianlah sidang jumaat sekelian , ramai manusia kelkatu yang menjadi mangsa fatamorgana tamaddun kebendaan hari ini . Sedang Allah swt telah mengingatkan kita dengan firmanNya :


اِعْلَمُوْا أَنَّمَا الْحَيَوةُ الدُّنْيَا لَعِبٌ وَ لَهْوٌ وَ زِيْنَةٌ وَ تَفَاخُرٌ بَيْنَكُمْ وَ تَكَاثُرٌ فِي اْلأَمْوَالِ وَ اْلأَوْلاَدِ كَمَثَلِ غَيْثٍ أَعْجَبَ اْلكُفَّارَ نَبَاتُهُ ثُمَّ يَهِيْجُ فَتَرَـهُ مُصْفَرًّا ثُمَّ يَكُوْنُ حُطَامًا وَ فِي اْلآخِرَةِ عَذَابٌ شَدِيْدٌ وَ مَغْفِرَةٌ مِنَ اللهِ وَ رِضْوَانٌ وَ مَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلاَّ مَتَاعُ اْلغُرُوْرِ .


Maksudnya : Ketahuilah oleh mu , bahawa kehidupan dunia adalah suatu permainan , kelalaian , perhiasan , saling bermegah – megah antara kamu dan berlumba memperbanyakkan harta dan anak pinak , samalah seperti hujan yang turun, menakjubkan orang – orang kafir ( apabila ia menumbuhkan ) tumbuh – tumbuhan ( yang menghijau ) kemudian ia akan kering dan warnanya bertukar menjadi kuning kemudian hancur . Dan di akhirat nanti , ada azab yang keras dan ampunan dari Allah swt. serta keredhoaanNya sementara kehidupan dunia ini , tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu .


Al Hadid : 20


Inilah reality sebuah tamaddun yang tidak tunduk kepada peraturan dan hukum
hakam Allah swt.


Kita lihat pula bagaimana tragedy yang dialami oleh sebuah tamaddun yang menentang hukum Allah . Firman Allah swt :


أَلَمْ تَرَ كَيْفَ فَعَلَ رَبُّكَ بِعَادٍ إِرَمَ ذَاْتِ الْعِمَادِ اْلَّتِىْ لَمْ يُخْلَقْ مِثْلُهَا فِيْ الْبِلاَدِ
وَثَمُوْدَ الَّذِيْنَ جَابُوْا الصَّخْرَبِاْلوَادِ وَ فِرْعَوْنَ ذِى اْلأَوْتَادِ اْلَّذِيْنَ طَغَوْا فِي اْلبِلاَدِ
فَأَكْثَرُوْا فِيْهَا اْلفَسَادَ فَصَبَّ عَلَيْهِمْ رَبُّكَ سَوْطَ عَذَابٍ
إِنَّ رَبَّكَ لَبِالْمِرْصَادِ
.


Maksudnya : Apakah kamu tidak melihat ( wahai Muhammad ) bagaimana Allah swt memperlakukan golongan Aa’d iaitu penduduk Iram yang mempunyai bangunan – bangunan yang mencakar langit , yang belum pernah dibangunkan sebelum daripadanya dan kaum Thamud yang memotong batu – batu gunung yang besar di lembah dan Firaun yang mempunyai pasak – pasak tentera yang ramai . Mereka melakukan perbuatan yang melampaui batas ( toghut ) di dalam negeri lalu mereka memperbanyakkan kerosakkan dalam negeri itu , lantaran itu Allah menimpakan azab ke atas mereka . Sesungguhnya Tuhanmu benar – benar mengawasi .


Al Fajr : 6 – 14